Friday, December 17, 2010

DUIT BUKAN SEGALANYA

Kekawan mungkin pernah dengar ungkapan ini....

"Duit Bukan lah Segalanya"

Ungkapan nie pernah juga singgah ke telinga aku, ketika berdebat mengenai kewangan dengan kekawan. Kekadang tu, asalnya bersembang kosong mengenai duit.... akhirnya situasi menjadi tegang. Kita selalu terlupa, bukan semua orang suka bercerita mengenai kewangan.

Tambah-tambah lagi di kalangan mereka yang hangat dilamun cinta. Bila kita tegur, mulalah ingat kita nie dengki... sebab dia dah dapat pasangan. Buat apa nak dengki... lain lah kawin dengan jutawan ke... orang terkenal ke???.. lain lah ceta. Kita ingatkan ikhlas... tapi orang salah anggap. Biasalah buat baik orang jarang boleh terima.

Cinta itu buta...
Cinta tidak mengenal paras rupa...
Cinta tidak memandang harta benda...

Tu ayat sebelum kawin. Dah duduk sebumbung, tido sebantal... baru tahu langit tinggi atau rendah. Ayat orang tenggelam dilamun cinta je... bila tersedar... segala-segalanya nampak... mula lah menyesal... mula lah maki hamun yang berlegar-legar dalam rumah... sayang, cinta, rasa hormat terhadap pasangan semakin hilang...

'Kalau aku tahu tak berduit tak hinggin nak kawin dengan ko'
'Handsome pun tak guna, kalau duit tak ada'
'Dah tak ada sayangnya... kalau poket kosong... tambah lagi dengan hutang keliling pinggang'

Tapi kita terlupa, tanpa duit segalanya tak mungkin. Berdasarkan pengalaman kekawan yang mempunyai masalah kewangan... secara tidak langsung boleh mengundang masalah dalam keluarga. Muka tak usah ceta lah... memang tak ceria langsung.

Lain pulak dengan kawan aku yang sorang nie. Memang seorang lelaki yang berpandangan jauh dan belajar daripada pengalaman. Kesilapan semalam telah mematangkan dia. Bila kita berduit, semua orang suka. Bila poket kosong semua orang benci.

Aku puji lah kawan aku nie... aku tanya bila nak tukar keta baru... maklum lah gaji dah besar. Dia kata keta yang ada masih boleh guna. Buat apa nak tukar. Dia lebih berminat nak beli tanah dalam 10 ekar untuk tanam kelapa sawit. Aku memang sokong. Orang yang berpandangan jauh nie. Kalau sesetengah orang tu... pantang naik gaji sikit.... mula lah sibuk nak tukar kereta.

Kawan aku nie mengajar di kampung... so masa cuti tu... dia boleh lah buat kerja kebun. Di awal dia posting kat kampung dulu.... selalu call aku, mengadu tak seronok... boring tak ada apa nak buat kat kampung. Aku menyakin kan dia... kalau aku duduk kampung banyak benda aku boleh buat. Macam-macam projek. Paling tak pun bela kambing. Pasaran memang sentiasa ada. Tengok hari nie.. dia dah mula seronok tinggal kat kampung. Balik sekolah sempat lagi berkebun. Sekarang nie sibuk dengan projek ternak ikan kat kolam belakang rumahnya.

Jangan peningkan kepala dengan masalah kewangan....
Masalah tak akan selesai... jika kita tak berusaha...

2 ulasan:

norinaomar said...

Sokong eeda,macam saya duduk kat pedalaman tu even boleh berbangga dengan elaun P tapi pada saya yang penting ialah kualiti hidup..
Duit yang banyak tak menjamin segalanya..yang penting macamana kita menguruskannya

eeeda said...

Tak pep lah... sementara kat sana tu kumpul duit.. nanti bila dapat pindah keluar... banyak nak guna nanti.