Wednesday, December 1, 2010

KENALI DIRI MELALUI TARIKH LAHIR & NAMA

Kita sibuk nak tahu mengenai orang tu..orang nie... tapi kita jarang mengkaji diri sendiri dan kadang-kadang tak kenal pun siapa kita. Aku suka juga melihat siapa aku berdasarkan bulan kelahiran contohnya.... iaitu hasil kajian yang dijalankan oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.

Kali ini aku melihat dari sudut Power of Numbers & Its Energy, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Mr. Oliver Tan. Bukan nak percaya, tapi sekurang-kurangnya kita boleh kenal pontensi diri yang boleh diketengahkan dan yang negatif perlu diperbaiki. Berdasarkan kajian ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu character, traits of individuals, sickness/ health problem dan suitable career.

Character:
Positif:
  • Aktif dan berpandangan jauh. ( he he he ya ke berpandangan jauh)
  • Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. (ya kot)
  • Berkebolehan dalam membezakan perkara baik dan jahat. (mungkin kot)
  • Mempunyai kebolehan dan berbakat. (aku tak nampak lagi bakat dalam apa)
  • Boleh menjadi kaya dan berharta. (Insya Allah)
  • Individu ini akan berjaya dalam masyarakat sebelum umur 30 tahun.
Negatif:
  • Individu ini terlalu agrasif, tidak penyabar dan cepat panas baran. (sebab nak semua yang terbaik, dan seorang yang penyayang... bukan aku cakap... kaunselor yang cakap)
  • Mengambil mudah sesuatu perkara dan adakala tidak tegas serta tidak munasabah.
  • Suka berterus terang dalam kata-kata menyebabkan terdapat turun naik dalam perhubungan. ( yang nie ya.) Tu lah jika tidak dijaga dengan baik, ianya boleh menyebabkan keretakan dalam perhubungan.
Traits of Individuals:
  • Bekerja sendiri untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. (berdikari lah nie...)
  • Mampu menarik penyokong. (wah ada aura jugak rupanya)
  • Sibuk ke sana sini, banyak tekanan (yang nie memang betul... tekanan daripada masalah orang)
  • Panas baran, sehingga melukakan perasaan orang lain tanpa disedari.
  • Mempunyai peluang untuk berurusan dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, hartawan, individu kaya (ya kot)
  • Tetapi boleh juga memberi halangan kepada penyokong. (nie aku pun tak faham halangan yang macam mana)
  • Penyokong anda akan memberi banyak tekanan, tetapi membawa kejayaan.
  • Ramai penyokong lelaki.
  • Tertekan dalam membuat perancangan tetapi tidak ada penyelesain di kemudian hari.

Sickness/ Health Problem:
  • Penyakit nie tak yah le... nanti motivasi aku down pulak.. anggap lah kita nie akan sihat jika fizikal dan mental kita sihat.
Suitable Career:
  • Pusat Sains dan Penyelidikan ( ya ke nie.. tak ada lah pulak yang berkaitan dengan pendidikan... ke lepas nie ada potensi bertukar kerjaya)

0 ulasan: