Friday, December 10, 2010

PERCUTIAN KE MELAKA PART 2

Seronok kat Dataran Pahlawan nie... rasanya sehari habiskan masa di sini pun tak kisah. Boleh cuci mata di gerai-gerai yang terdapat di dalam tu. Gerai memang banyak. Aku tertarik dengan tempat lampu berbentuk bulat yang diperbuat daripada rotan. Kononnya sekejap lagi nak beli... sudahnya terlupa. Sampai umah baru teringat. Aku nie memang suka benda yang nampak antik-antik nie.

Sempat lagi posing depan kepala keretapi nie. Dalam hati, kalau ada kamera DSLR mesti best outing kat Banda Hilir nie. Kamera cap ayam pun aku giler-giler bergambar. Ini kan kalau kamera canggih.

Bergambir di kincir air yang terletak di tepi Sungai Melaka berhampiran dengan jeti cruise.

Menara Taming Sari salah satu tempat yang perlu dilawati. Kami berdua tak naik pun menara... aku memang tak bercadang untuk naik... sebab aku nie gayat berada di tempat tinggi. Hari tu memang ramai orang beratur menunggu giliran...maklum lah cuti sekolah. Bayaran RM10 seorang.

Hotel kami menginap di belakang bangunan yang boleh nampak dalam gambar nie. Sebenarnya boleh berjalan kaki je... kalau setakat nak meronda sekitar nie.

Dah agak lama aku tak berjalan kaki jauh. Lenguh jugak kaki aku nie berjalan. Lain kali nak kena buat latihan sebelum ke sini. Supaya aku bisa berjalan sekitar kawasan nie tanpa perlu menggunakan kenderaan.

First sekali bila sampai ke bandar nie, jangan lupa beli kupon parking. Nanti parking tak guna kupon... tak pasal-pasal kena saman RM30. Penguatkuasa memang meronda je kejanya. Beli kupon RM 6 untuk 10 jam.

Dalam bangunan Dataran Pahlawan nie ada landskap yang cantik... siap dengan air pancut dan diwarnai lagi dengan kelibat ikan-ikan. Aku memang suka dengar deruan air... air merupakan energy. Tu dok berangan-angan nak buat landskap kat umah.... tapi tak tahu lah bila angan-angan tu tercapai. Deruan air pancut memberi seribu ketenangan.

0 ulasan: