Friday, December 10, 2010

PERCUTIAN KE MELAKA PART 4

Bangunan nie terletak di Jalan Hang Jebat... iaitu jalan ke Jonker Walk.

Destinasi kami seterusnya, ke Jonker Walk yang terkenal sebagai tempat membeli belah seperti Petaling Street. Memandangkan di kawasan tersebut agar sukar untuk parking kereta. Kami mengambil keputusan untuk parking kereta bersebelahan dengan Medan Food COurt dan Kraf Kreatif. Kami bercadang untuk menaiki beca ke Jonker Walk. Kadar bayaran RM10 untuk ke sana.

Sebaliknya penunggang beca berkenaan membawa kami pusing melalui Menara Taming Sari dan hadapan Muzium Umno seterusnya sampai di Christ Church Melaka dengan kadar RM20. Sampai di sana penunggang berkenaan memaklumkan kepada kami bahawa malam tu tak ada pasar. Jonker Walk hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula seawal jam 6.00 p.m sehingga jam 12.00 p.m. Dalam hati geram je.... kalau tahu tak ada. Tak kuasa aku nak ke sana.

Aku mengambil peluang bergambar di sekitar kawasan bangunan Christ Church Melaka. Pemandangan di kawasan nie sangat menarik pada waktu malam.

Kesempatan yang perlu dirakam sebagai kenangan. Mungkin lain kali ke sini bersama dengan orang lain pulak... so perlu merakamkan kenangan dengan member nie. Kaki jalan nie bukan boleh percaya. Pantang ada duit... pantang ada masa... last minute pun jadi.

Kawasan nie memang cantik. Tapi dicemari dengan tahi burung yang hinggap di dahan pokok di sekitar kawasan tersebut. So perlu berhati-hati... takut terkena tahi burung tersebut.

Orang lain tak buat... kami je buat. Sempat lagi aku setting kamera yang diletakan di atas pagar penghalang Sungai Melaka. Silap sikit je memang terjun sungai kamera aku nie.

Kami singgah menjamu selera di My Asam Pedas Cafe yang terletak di belakang Muzium Samudera. Di sini memang seronok untuk menjamu seleras sambil bersantai. Pengunjung juga dihidangkan dengan dendangan lagu secara karaoke oleh pekerja cafe tersebut.

Kami makan satay ayam, nasi goreng belacan, teh ais dan limau ais berharga RM 13. Harganya memang berpatutan lah. Lama jugak kami lepak di sini... pukul 11.30 p.m baru kami bergerak ke tempat penginapan.

Malam tu memang penat. Member aku letak kepala terus lena. Aku sempat lagi melayan fb dan mengupload gambar... tahu je lah nak menunggunya take time. Aku terlena dengan laptop di atas perut... tu lah... bahananya melayari internet sambil baring. Tahu-tahu dah rasa panas perut aku sebab bateri laptop dah panas. Aku bangun.... dan save gambar yang telah diupload. Lepas tu aku lena sampai ke pagi.

2 ulasan:

su said...

bestnyer jalan2! hehe...su slalu gi ari siang je...len kali nk cube gi ari malam la!hehe..

eeeda said...

Malam kalau guna DSLR memang cantik snap gambar su...