Friday, December 10, 2010

PERCUTIAN KE MELAKA PART 5

Hari kedua di Melaka kami ke Taman Mini Malaysia yang terletak di Ayer Keroh. Bukan apa lepas tu senang balik boleh menggunakan highway plus je. Sebenarnya kepada mereka yang tak pernah sampai ke sini... kena spendkan sehari di Ayer Keroh je. Sebab banyak tempat boleh dilawati di sini. Kami memang hanya fokuskan untuk ke Taman Mini Malaysia je.

Sebelum tu aku sempat lagi singgah di Taman Buaya..... bukan nak masuk pun... tapi ingin membeli buah tangan di gerai yang terdapat di situ.... untuk jiran aku. Semalam pukul 11.oo p.m dia call aku... sebab kereta ada... lampu tak berpasang. Dia risau takut aku pengsan. Sebab pernah terjadi.... tu dia risau. Aku pulak ingat sampai di Melaka nanti baru nak beritahu... dah sampai sana seronok ke sini sana dah lupa. Beruntung aku dapat jiran yang prihatin.

Bukan semua rumah pun kami naik. Rumah-rumah tertentu je. Rumah Asean aku dah tak larat. Penat berjalan kaki semalam...tu yang betis nie terasa sakit.

Bergambar di tangga rumah apa aku tak ingat. .Kat sini lah aku tertinggal baju kamera aku. Sekarang dah tak berbaju...tanda-tanda nak kamera baru lah nie.

Kadar bayaran masuk RM5, selain dapat melihat rumah negeri-negeri di Malaysia. Kita juga berpeluang melihat rumah Negara-negara Asean. Di samping itu kami dihidangkan dengan persembahan kebudayaan tepat jam 11.00 a.m selama 30 minit. Penonton diberi peluang menari dan bergambar bersama-sama dengan penari-penari.

Time bergambar boleh le... nak menari minta ampun lah.

Kami singgah di gerai cenderahati. Aku tertarik dengan mug mini dan mug yang diperbuat daripada kayu. Selain tu aku beli key chain untuk kekawan yang tak dapat sourvenir dari Bandung. Hampa teka berapa ringgit tu??? RM5 je.

Tepat jam 12.30 p.m aku masuk high way. Perjalanan lancar. Oleh kerana masih ada masa... aku singgah di Nilai 3 sekejap untuk servey harga meja makan jati. Pukul 2.30 p.m kami meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh. Aku perlu sampai sebelum ofis tutup.

Lega semua perjalanan berjalan dengan lancar. Kami singgah makan di Ani's Sup Utara di Saujana Utama. Lepas Solat Magrib aku tido. Terjaga pukul 12.00 a.m... aku dah tak mengantuk. So aku buat lah catatan sepanjang di Melaka.

Kenangan perlu dirakam untuk diingati...
Bukan sekadar semasa hidup, tapi setelah aku tiada nanti...

Bagi mereka yang merindui diri ini...
Tak perlu tangisi jika dijemput illahi...

Memori tercatat bakal mengubati...
Kerinduan yang bersarang dilubuk hati...

2 ulasan:

su said...

mmg seronok kalau dpt pegi bercuti...su tggu hubby cuti pjg dulu baru dpt jejln! huhu..

eeeda said...

Bercuti kat sesuatu tmpt tu lama... baru best. Tak berkejar2 masa... tak pe cuti panjang lagi su.