Friday, December 10, 2010

PERCUTIAN KE MELAKA

Pada hari Khamis 9/12/2010 aku bersama dengan member nie ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Ini semua perancangan last minute. Malam tu, saja-saja chat apa nak buat esok. Tetiba boleh ada idea nak ke Melaka. Kami cuma berbincang secara online di fb. Malam tu lah baru nak search penginapan, malam tu lah baru nak bincang aktiviti di sana... pukul 2.00 a.m selesai.

Stesen minyak Petronas di Port Dickson

Kami bertolak ke Melaka pada pukul 8.00 a.m. Dari Seri Pristana kami masuk tol Batu Tiga. Dalam perjalanan kami singgah di R&R Dengkil untuk bersarapan pagi. Kami memilih melalui jalan lama untuk ke Melaka. So, selepas membayar tol di KLIA... kami meneruskan perjalanan menggunakan jalan lama. Saja memilih jalan lama, agar dapat melihat suasana kampung. Sebenarnya first time aku melalui jalan nie. Perjalanan kami semata-mata berpandukan papan tanda je. Aku tak pernah lalu... kawan aku tu lagi lah.

Kami melalui pekan Sepang sebelum sampai ke pekan Port Dickson. Kami singgah di Stesen Minyak Petronas untuk mengisi minyak dan ke tandas. Sepanjang perjalanan hari tu hujan. Memandu dalam suasan hujan nie... memerlukan penumpuan yang lebih kerana pemandangan agak terhad dan jalan licin. Pendek kata perlu sentiasa berhati-hati.

Kami ke sana menggunakan kereta kancil. Aku tak kisah guna kereta aku pun... tapi kalau guna kereta aku.. bermakna sepanjang percutian aku je yang kena drive. Tapi kalau guna kereta member nie boleh gilir-gilir drive. Tapi ok gak guna kancil, jimat minyak keta... lagi pun kami berdua je. Minyak kami isi 2 kali... RM20 di PD dan RM20 di R&R Seremban. Jimat betul.

Kami meneruskan perjalanan melalui pekan Masjid Tanah... sebelum ke Pekan Alor Gajah. Pekan nie baru lah nampak maju sikit. Dari Alor Gajah kami bergerak ke Banda Hilir. Pukul 12.00 p.m kami selamat tiba di destinasi yang dituju.

Aku parking kereta di Dataran Pahlawan. Kat sini bayaran parking murah, 4 jam pertama baru RM2. Tak macam sesetengah tempat di KL tu... cekik darah. Kami menghabiskan masa beberapa jam meronda gerai-gerai dalam tu... serta kawasan sekitarnya. Antara tempat yang sempat kami ronda..

Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Kota A Famosa

Muzium Umno Melaka

Muzium Samudera

Semua tempat nie, kami just bergambar di luar. Malas lah pulak nak masuk. Mungkin dah pernah masuk kot.

Kali pertama aku ke Bandaraya Melaka selepas diisytiharkan Melaka Maju pada
tarikh 20 hb Oktober (20/10)
jam 2010 (sistem 24 jam.... pukul 8.10 malam)
tahun 2010

Boleh tahan jugak penatnya berjalan di sekitar tu. Time nie orang tak berapa ramai sebab hujan renyai-renyai. Aku dengan member nie redah je. Bagi mereka yang kali pertama ke Banda Hilir, perlu spend banyak masa di kawasan nie. Sebab banyak khazanah warisan yang boleh dihayati agar kita lebih mengerti... erti pengorbanan generasi terdahulu.

Kami bergerak ke Hotel Mesra Mutiara yang terletak di Jalan PM4, Plaza Mahkota Banda Hilir. Penginapan 1 malam nie... disponser oleh kawan aku. Terima kasih ani. Kadar bayaran hotel nie amat berpatutan dengan kemudahan yang ditawarkan. Cukup selesa. Bilik Standard Duble semalam RM80 untuk time super peak season. Owner melayu, siap ada surau untuk solat, dalam bilik ada tv, air-cond & water heater.

Cuma satu je aku tak puas hati... ada satu rak kaca nie... aku pun tak tahu apa gunanya dipasang di situ... tiga kali aku terhantuk kepala... kali ketiga paling kuat... sampai benjol. Kenangan betul. Member aku tak kena le.. sebab dia rendah. Selamat lah dia. Rak tu kaca jernih, tu yang aku selalu tak perasan. Tambah pulak time tak pakai cermin mata.

Khazanah Warisan bukan hanya untuk pameran...
Tapi untuk dihayati oleh generasi akan datang...

0 ulasan: