Wednesday, December 1, 2010

REUNION DPM/MPRM 96/99

Reunion tahun nie... kebanyakkannya mereka yang tak pernah aku jumpa selepas tamat belajar. Terutamanya Kak Todak, Anis Pi/Pj, Kak Uda, Atie, Abang Din dan Sam. Suraya dengan Arai tu... ada lah jugak aku jumpa. Walau pun tak selalu. Seronok dapat jumpa kekawan lama nie. Sekurang-kurang hubungan silaturahim tu tak putus.

Bukan senang nak handle program yang besar nie.... memang kalau boleh kita hendak buat yang terbaik. Tapi nak kumpul semua bukan senang. Kita jalan je, apa yang telah dirancang... kehadiran berapa ramai yang sanggup... itu je lah. Mungkin lain kali... di tempat yang lain. Kekawan dapat buat yang terbaik.

Sempat lah juga kami bergambar dengan pengantin... masa nie pun dah dekat pukul 3.00 p.m. Tetamu pun dah mula beransur pulang. Sebenarnya bagus juga datang lewat nie. So pengantin ada masa lah jugak nak jumpa kita. Kalau tak mereka tak sempat nak melayannya.

Bersemangat Anis PI/PJ.. sanggup datang. Walau pun anak baru berusia 30 hari... sepanjang reunion... babynya langsung tak menangis. Bagus anak mak nie. Bagus suami dia, sanggup join sama. Dah empat orang anaknya, suami dia lah yang rajin melayan kerenah anak-anak. Malu, kita yang tak bersusah payah nie kalau tak datang. Lupa pulak aku nak tanya dia mengajar kat mana.

Pada hal makan pizza dah berapa keping tu... mai tempat kenduri makan lagi. Pendek kata hari tu kejanya sembang... gelak... makan. Aku bab makan tak ada nak diet. Cuma kalau dok umah je... malas nak kuar, tak payah makan. Tu je lah untungnya tak ada dapur. Kalau aku nie jenis rajin memasak... mahu dah gemuk.

Wei masing-masing tengah mencari apa tu???? Buat kuar le yang warna merah ke untuk yang paling baby je lah.... Nak beri semua faham-faham je lah dah hujung-hujung nie. Aku selalu terlupa nak sediakan awal-awal duit pecah untuk anak-anak. Member tak ada anak... tu yang sentiasa lupa. Bila nampak anak-anak baru teringat. Time tu mula lah mengelabah... kalau tak ada rasa ralat lah pulak. Sebab bukan selalu dapat jumpa. Setahun sekali tu pun nasib je.

2 ulasan:

~Insan Biasa~ said...

ya Allah...babam nye aku!

eeeda said...

Tu tandanya dah kena diet tu... jangan ambil mudah je... nanti bertambah... lagi susah hati nak turunkan.

Nak naik senang... nak turun punya lah payahnya.