Thursday, December 2, 2010

SITI SHAHRIZAH SAIFUDDIN (PELAKON DEN MINAT)

Minat punya pasal aku sanggup batalkan segala program lain, jika ada cerita yang dibintangi oleh pelakon yang aku minat nie. Sekarang dok mengikuti ceta Ahmad Durrah yang disiarkan melalui slot Zehra TV3. Drama bersiri ini ditayangkan pada setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam selama sejam. Sejam berbaloi jugak nak layan...kalau Slot Samarinda tu... penat berkejar... cetanya 30 minit je.

Nasib baik lah drama ini ditayangkan selepas hari raya ari tu. Kebetulan aku dah habis tuisyen. So dapat lah den layan drama nie. Kalau ada tuisyen....alamaknya kena tengok kat tonton.com lah. Sebenarnya tak sama tengok kat TV dengan kat tenet. Dah le area umah aku nie.. tenet macam hampeh. Bayar je RM100 sebulan... tapi kalau nak upload atau download lambatnya. Inikan pulak nak tengok ceta.... tersekat-sekat buat sakit hati je.

Bila lah aku dapat jumpa secara live dengan pelakon nie...

0 ulasan: