Tuesday, August 31, 2010

BERBUKA BERSAMA MEMBER TUDM

Hari ini aku berkesempatan berbuka puasa bersama dengan rakan2 TUDM di Restoran Shahirah, Kg. Melayu. Buat pertama kali aku dapat beramah mesra bersama kaum keluarga mereka. Kecuali Che Mat lah.... sebab isteri dia satu sekolah dengan aku. Lima keluarga yang datang, campur dengan anak-anak.... wah meriahnya.

Aku ingat depa bawak kamera.... rupanya sorang pun tak bawak. Rugi betul. Tak ada kenangan makan ramai2. Lain kali lah, jika masih diberi kesempatan. Makanan ari nie memang mewah... mcm2 ada. Antaranya:
  • Siakap masak 3 rasa, masak halia, masak stim
  • Sup ekor
  • Udang goreng tepung
  • Kailan ikan masin
  • Tomyam campur
  • Jus carrot susu (lobak merah)he he he bunyi pelik kan
  • Jus tembikai

On the way aku ke sana....telefon berbunyi....member aku, si senah call. Dia beritahu dah ada depan sekolah aku.... mcm tak percaya pun ya.... tengah nak cari kedai makan area situ. Aku suruh dia join kat Shahirah je... rupanya penuh. Jadi, dia makan kedai depan sikit. Kat kg Melayu nie memang banyak kedai makan... cuma nak kena pandai pilih lah mana yang sedap.

Lepas berbuka, sempat lah jumpa dia kejap. Sebenarnya member aku nie dari Kuala Selangor. Lepas tu nak ke Kuala Lumpur sebelum balik ke Seremban. Dah banyak kali plan nak jumpa member aku nie... tapi ada je halangan... tut tut tut dapat jumpa kat Kg. Melayu. First time dia sampai depan sekolah aku.

Lepas makan aku terus balik umah... pertama nak tengok cerita Samarinda 'Kasih Ramadan'. Kedua, konon2 nak lipat kain.... tapi rasanya dah tak buat kot... sebab dok mengadap laptop nie.

Pukul 11.00 p.m kan nak kuar pe bersahur dengan kawan masa sama2 keja pizza hut. Janji nak jumpa kat Mc Donal Sri Damansara. Harap semua perancangan malam nie berjalan dengan lancar. Setelah 5 tahun aku meninggalkan pizza hut... baru ari nie ada kesempatan nak jumpa.

Sekiranya kita diberi sehari 48 jam sekali pun...
Kita tetap akan cakap, tak cukup masa....

Sebab masa tidak pernah menunggu kita....
Hargailah setiap detik masa yang berlalu...

KE MANA HALA TUJU BANGSA KITA

Merdeka! Merdeka! Merdeka! itu lah yang selalu kita laungkan... ya, negara kita sudah 53 tahun merdeka. Tetapi sebagai generasi ari ini, apakah kita faham erti sebenar kemerdekaan? tepuk dada tanya diri sendiri...

Semalam ada beberapa mesej aku terima....masing2 dok tanya
"tak kuar ke malam nie, pe dataran ke... sambut merdeka"
"Sambut merdeka kat mana?"

Dalam hati, sejak jadi cikgu... aku sambut merdeka kat sekolah je. Bersama dengan anak murid. Sekurang2nya dapat kita terapkan pemahaman kepada anak bangsa tentang erti kemerdekaan. Supaya mereka menghargai kesusahan, kesengsaraan dan kepayahan nenek moyang kita dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Apabila mengenangkan cara anak muda-mudi kita hari ini menyambut kemerdekaan aku mula jadi sedih. Mereka bukan menyambut kemerdekaan dalam erti kata sebenar. Tapi mereka lebih kepada mencari keseronokkan sehingga berlaku perkara2 yang akan merosakkan diri sendiri. Tahun nie mungkin tidak berlaku.. kerana bulan kemerdekaan dalam bulan Ramadan. Sebelum ini kita sering dikejutkan dengan insiden seperti:

  • Merempit sana sini di ambang kemerdekaan kerana masing2 ingin menunjukkan kehebatan kepada rakan-rakan.
  • Mereka melalukan pengzina dengan pasangan kekasih masing-masing. Natijahnya akan lahir lah anak luar nikah. Kesudahannya kita akan lihat ramai bayi dibuang merata-rata.
  • Ramai pasangan yang dicekup oleh pihak berkuasa kerana berada di tempat sunyi yang boleh menimbulkan syak wasangka.
Bukan bangsa lain pun yang buat keja keji nie... Bangsa kita MELAYU... bangsa kita sudah semakin lalai dengan sedikit kemewahan dan sedikit keistimewaan yang ada. Cuba kita lihat bangsa lain... ada yang merempit, lepak sana sini... berpeleseran di pasar raya.... mungkin ada. Tapi bilangannya sangat kecil jika nak dibandingkan dengan bangsa kita.

CARA BELAJAR
Sekali sekala cuba kita lihat bangsa lain... contohnya, cara mereka belajar.... mereka akan bertanya guru sampai mereka faham... tidak seperti murid melayu kita. Mereka malu untuk bertanya, rela tak faham. Kalau begini lah sikap kita, tidak mustahil U akan dipenuhi dengan mereka.

Ibu bapa mereka, sanggup keluarkan duit demi pendidikan anak-anak mereka. Beli buku rujukan, hantar kelas tambahan dan sebagainya. Tapi kita, untuk pelajaran anak2 cukup berkira. Sampai nak suruh beli buku pun cikgu takut...kalau tak ada surat. Nak kutip duit RM1 untuk photostat bahan pun takut... cikgu rela guna duit poket, sebab tak nak kecoh satu sekolah.... bila parent serang.

CARA BEKERJA
Aku suka tengok budaya kerja bangsa cina... mereka akan buat sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh. Kalau mereka berniaga, pelanggan mereka no.1. Mereka punya PA sangat bagus. Lagi satu kebanyakkan pelajar cina nie, bila cuti sekolah je mereka akan buat kerja sambilan, tidak kira lah di kedai keluarga atau pun di tempat lain. So masa mereka dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Tak seperti anak melayu... tahu minta duit. Lagi parah sanggup menipu keluarga untuk mendapatkan wang.

Aku teringat seorang kawan nie.... dia tidak pernah belajar secara formal mengenai repair keta. Tapi sampai satu tahap dia mampu buka bengkel sendiri. Dulu dia berkawan dengan anak cina... bapak budak cina nie ada bengkel keta... so dia selalu lepak kat situ. Bila keta rosak dia akan pergi ke bengkel tersebut untuk repair... tapi uncle tu tak nak repair. Sebaliknya suruh repair sendiri. Uncle tu cuma ajar je macam mana nak buat. Bila dah selalu lepak kat situ selepas waktu keja. Akhirnya, dia buat part time setiap hari kat bengkel tu. Hari nie, dia dah boleh repair keta.

Sebab tu, kita tengok cina ramai jugak yang tak sekolah tinggi...tapi mampu buka perniagaan sendiri. Kerana mereka sangat berdikari. Kita melayu selalu mengharapkan untuk dibantu... kalau tidak dibantu.... alamaknya tak jalan. Sejak kecil kita dimanjakan. Ini lah akhirnya.

Aku bukan seorang yang anti perkauman. Malah dari dulu lagi, kawan aku terdiri daripada pelbagai kaum... kaum cina, kaum India... setakat nie tak ada masalah. Apabila berkawan, kita perlu melihat dari sudut positif. Saling hormati-menghormati antara satu sama lain menjadikan persahabatan kita berjalan dengan lancar. Kita kan satu Malaysia.

Kita jangan suka menyalahkan orang lain. Lihat diri kita... jangan membenci kaum lain kerana kejayaannya. Sebaliknya, belajar bagaimana cara mereka boleh berjaya. Itu lebih baik.

Tuhan tidak akan menolong hambanya... sebelum hambanya berusaha terlebih dahulu.

Monday, August 30, 2010

BAKAT PERLU DIASAH, MINAT PERLU DIPUPUK

Gambar sekitar pelancaran bulan kemerdekaan. Lakonan ini telah dijayakan oleh salah seorang murid dari kelas 5 Mawar.... he he he tapi bukan aku yg latih pun.... Izan yang bertungkus lumus melatihnya.... sepatutnya minggu lepas lagi pelancarannya.... tapi gb suruh buat minggu nie. Layan je lah...Pakai baju melayu hitam tu... murid kelas aku... memang lawak... ada je perkataan yang membuatkan kami gelihati...

Hamzi: "wei buat betul2...jangan malukan guru kelas kita.... dan cikgu Sharizan yang melatih kita" ketua memberi arahan. Maklumlah dia sorang je tersesat kat situ.... murid lelaki lain mana pergi... sudah pupus ka... atau ini idea cikgunya.

Bersemangat tu.. siap ada tukang (apa?) lupa pulak time nak tulis nie.... mereka menyanyikan 3 buah lagu. Sebenarnya, murid nie perlu diberi peluang untuk mengetengahkan bakat mereka di khalayak ramai. Jangan nak tunggu masuk U baru nak asah bakat... dah terlambat. Masa tu mereka dah mula malu... kalau boleh lagi nak duduk kat belakang je... kalau dapat jadi penonton lagi suka.

Kadang2 aku pelik jugak... ibu bapa nie. Perhimpunan lama, dikatanya curi masa pengajaran dan pembelajaran. Kalau tak curi masa... bila masa pulak kita nak adakan aktiviti sebegini.

Kita selalu pandai bercakap je... pelaksanaannya, kita tak tahu... sebab kita tidak berada dalam bidang tu. Kita selalu nak anak kita yang terbaik. Cikgu nie, bukan ajar anak kita pandai dalam pelajaran je semata2....tapi kita nak lebih daripada itu. Kemenjadian murid tu penting...

Pernah suatu ketika... sekolah buat program kutip sampah... ada parent nie, tak suka anak dia kutip sampah. So dia hantar selepas bunyi loceng.

Siap cakap lagi " saya hantar anak saya ke sekolah suruh belajar supaya jadi pandai...bukan suruh kutip sampah"

Masalahnya bukan anak dia sorang je kutip sampah...semua murid. Niat kita nak melatih murid menjaga kebersihan. Supaya, bila dia kena kutip sampah... mereka tak akan buang sampah merata-rata...sebab nanti kena kutip sendiri.

Negara kita memang dah merdeka...tapi minda sesetengah masyarakat kita masih belum merdeka.

Aku pun bersemangat jugak nak mengibarkan jalur gemilang. Tahun nie, aku tak kibar pun kat keta.... tahun sebelumnya ada gak kibar. Ingat nak pe cari bendera yang letak kat telinga keta mcm kat blog my friend tu... tapi dok perati 2-3 ari nie....tak ada pun orang letak... kot bendera tu tak sampai kat KL... kat Kedah je kot ada. Friend, tahun depan ko pos kat aku....

Tengok cikgu2 pun bersemangat... siap dapat sorang satu untuk dikibar semasa menyanyikan lagu patriotik... tapi lepas tu si Izan nie ambil balik... tu mesti nak simpan untuk tahun depan... biasalah kena berjimat cermat.... Siapa yang ajar?.... PM kita kan suruh berjimat cermat.

Kemerdekaan yang dikecapi...
Perlu dijaga dan dihargai...

Jangan terlalu seronok menikmati...
Sehingga kita jadi bangsa lupa diri...


MEMANG TAK SANGKA

Hari nie balik dari sekolah, biasalah rutin aku mesti buka pesbook.... penat macam mana pun pesbook mesti buka... lepas tu baru lah boleh nak layan mata ke...nak buat keja lain ke.... Ari nie memang kena balik awal sebab nak settle bil kad kredit yang belum berbayar. Kalau tak...mahu pukul 4.30 p.m baru aku balik... lepak kat sekolah.

Aku tengok ada friend yang menunggu request.... lama aku fikir siapalah minah nie.... nak tengok kat info...infonya tak berisi....tapi nasib baik lah muka kawan aku nie tak banyak berubah..,.. masih macam dulu.... bila aku dah request....dapat lah tengok gambar family dia... tapi nama masih aku tak boleh ingat.

Akhir sekali, aku dah tido than bangun semula baru ingat... nama dia pun mula dengan huruf F... 'Farizan'. Seingat aku lepas maktab ada jugak berhubung dengan dia...masa tu dia mengajar di SK Taman Dato Harun. Lepas tu buku phone aku hilang.... dan terus terputus hubungan. Ari nie dia add aku di fb....wah seronoknya....ingat lagi dia kat aku nie...

Mamat mana pulak nie...dia add aku...biasanya klu orang yang aku tak kenal... aku akan hantar mesej tanya dulu....baru aku akan terima permintaan untuk menjadi rakan...tanya punya tanya, semua dia tahu pasal aku... pelik...tapi bila dia beritahu dia anak orang nie...orang nie.... baru aku ingat... rupanya orang sekampung... sama2 dok berkelahi masa zaman kanak2 riang.

Muka pun aku dah tak cam.... tengok gambar zaman dia sekolah....baru boleh ingat...kadang2 bagus jugak pesbook nie... mendekatkan yang jauh.... melalaikan pun ya jugak...sebab aku boleh duduk depan pesbook nie berjam2...tapi cuba buat keja...sekejap je dah boring...

Terima kasih kepada mereka yang masih ingat lagi pada aku...

Menghargai setiap pertemuan itu lebih baik...
Daripada mengharapkan pertemuan yg kedua...
kerana pertemuan kedua belum pasti berkesempatan...

Sunday, August 29, 2010

TERPAKSA BUAT PILIHAN

Hari nie, aku dapat sms daripada kawan OUM.... 'Akak kita konvo 20-23 November 2010' rasa macam tak percaya pun ada... aku terus call nak minta kepastian.... jawapannya sama... aku call sorang lagi kawan aku.... jawapan pun sama... memang sah la tu...


Bulan April ari tu....semasa aku nak booking tiket ke Bandung.... patut lah hati aku berat je... dalam hati takut terkena sama dengan tarikh konvo.... nampak gayanya memang betul.

Copy from tenet

Aku dah lama teringin nak ke sana....saja suarakan kepada kwn aku nie....tak sangka pulak dia bermurah hati nak tolong bawa aku makan angin ke sana. Wah seronoknya tak terkira.... bukan senang nak cari kawan yang semata2 ke sana nak temankan kita.... bukan aku sponser pun dia... dia kuar belanja sendiri... siap pe dengan laki bini lagi.

Kebetulan masa nak booking tiket ari tu... tarikh yg nie tiket paling murah. Konon2nya bercuti nak releks kan kepala sebab dah habis belajar...Ikutkan kami ke sana seramai 7 orang... termasuk sorang lagi kawan aku... yang akan konvo sama.... he he he dia pun belum buat keputusan lagi.

copy from tenet

Bila jadi macam nie aku teringat kat Ami... best friend aku. Dulu aku selalu mengharapkan kami akan konvo sama.... tuhan makbulkan permintaan aku.... sepatutnya dia konvo ke 8... tapi atas sebab2 tertentu dia terpaksa konvo ke 9.... dia akan konvo sama dengan aku... kemungkinan besar...aku rasa dia akan sama sidang dengan aku... sebab, group dia mesti dah tak ramai yang belum konvo...

Tapi bila kami ada perselisihan faham.... aku telah berjanji dengan dia... apa pun janji perlu dipegang... aku tak akan jumpa dia, keluarga dia... dan siapa saja yang ada kaitan dengan dia. Dia hanya minta aku penuhi permintaan nie je. Sehingga ke ari ini aku tak pernah lagi mungkir janji dengan dia.... biarlah dia sendiri yang ubah pendiriannya tu....

Kalau dulu masa konvo diploma aku tak datang sebab ko AMi.... tapi kali nie aku anggap secara betulan je kita konvo sama.... biarlah aku pilih ke Bandung... moga aku gembira dengan percutian aku di sana nanti... dan ko pun gembira pada hari konvo tersebut.... lagi satu ko tak perlu lagi nak berlakon seperti yang selalu ko buat selama ini.

Memang tak sangka betul... aku merupakan salah seorang penuntut OUM yang akan konvo pada Majlis Konvokesyen ke 9 pada 20 November 2010 hingga 23 November 2010. Seronok sebab dah nak dapat degree.... cuma tak merasa le nak naik pentas... he he he

copy from tenet

Pada 21 November 2010, salah sorang kawan OUM aku akan melangsungkan perkahwinan.... tarikh perkahwinan telah ditetapkan... bayangkan semua kawan2 oum tak dapat hadir untuk memeriahkan majlis perkahwinannya... kesian kan.... Nak buat macam mana, kita hanya merancang. Kalau ikutkan, kami semua akan berkonvoi beramai2 ke umahnya di Pekan untuk meraikan hari bersejarah tersebut.

Setakat ari nie.. hati aku berat akan pergi ke Bandung. Sebabnya:
  • Tiket dah beli.... perancangan perjalanan telah dibuat, baik penginapan mahupun pengangkutan di sana.
  • Aku dah janji dengan Ami tak akan jumpa dia.... takut terjumpa pulak masa konvo tu nanti....
  • Lagi pun tak ada siapa yang akan datang masa aku konvo tu...

Wednesday, August 25, 2010

DUIT RAYA KE BONUS????

Hari nie berita muka depan Berita Harian... kakitangan kerajaan akan diberi saguhati RM500 yang akan dibayar sebelum menjelang 1 Syawal... Nak cakap duit raya...takut nie dah dikira bonus... atau pun sebaliknya.... tak kisah lah duit apa pun. ... janji dapat... sikit pun tak kisah lah...berita nie rasanya akan gembirakan banyak pihak. Terutamanya golongan staf sokongan.... termasuk lah aku....
  • pertama kakitangan kerajaan...
  • kedua peniaga, kuasa beli pengguna lebih sikit bila ada duit lebih....
  • ketiga anak2, klu sebelum nie ayah kata pakai je baju yang lama... tapi ari nie dah boleh senyum...
  • keempat mak bapak lah... klu sebelum nie anak kata tak boleh balik sebab tak ada bujet... nie dah kira lepas minyak dan tol.

Pendek kata semua orang suka le... dapat duit raya drpd tak dapat langsung.

Aku duit RM500 nie belum lagi dapat tapi dah ada dalam kepala nak buat apa.... apa lagi untuk keta lah... nak repair apa yang patut. Nak jalan jauh musim perayaan nie. Keta mesti tip top...apa2 hal kat tengah jalan lagi susah. Ari nie baru suruh member datang ambil keta kat sekolah, nak repair clutch dan driveshaft.... itu pun mahu kena bujet dalam RM600 gak tu.

Nasib baik lah segala cukai pintu dah settle bulan lepas.... kalau tak settle lagi.. mahu masak aku. Kalau ikutkan cukai pintu kena banyar sebelum berakhir 31 Ogos nie. Dulu boleh lah bayar lewat sebab denda baru RM5, sekarang Subang Jaya dah denda RM15... banyak tu. Cukai pintu Subang Jaya aku bayar online je.... Cukai pintu kat Pasir Gudang je tak pernah kena denda...sebab ada orang tolong bayarkan. Cukai pintu kat Kuala Selangor pun boleh tahan gak denda lewatnya..... tapi senang nak bayar... nasib baik kat Saujana Utama nie ada Bank Islam... itu pun kalau ada duit. Senang nak bayar pun kalau tak ada duit...apa boleh buat. Bayar je lah denda. Tunggu ada duit baru bayar.

Pendek kata, mintak je ada duit ... ada le benda yang hendak dibuatnya. Nie pentingnya dahulukan yang lebih penting daripada yang tak penting.... takut nanti negatif pulak duit gaji.

Tuesday, August 24, 2010

MPRM FIRST INTAKE DPM 96/99


Kumpulan DPM MPRM 96/99 akan mengadakan reunion yang melibatkan semua unit. Sebelum ini, memang ada reunion tapi hanya melibatkan unit tertentu sahaja atas usaha unit tersebut untuk mengumpul rakan2 mereka.

Sekiranya rakan2 mempunyai kelapangan bolehlah sama2 kita menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan Maktab Perguruan Raja Melewar, pada 27 November 2010. Sesuatu majlis yang besar memang tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak. Selalunya masalah yang akan timbul berkaitan dengan pemilihan tarikh.

Bagi rakan2 yang mengajar di Sekolah Menengah mungkin ada yang akan terlibat sebagai pengawas peperiksaan SPM. Bagi mereka yang sedang menyambung pelajaran pulak, terikat dengan jadual kelas waktu cuti dan tidak kurang juga yang terlibat dengan peperiksaan. Apa pun, tarikh yang dipilih untuk reunion pada kali ini berdasarkan majoriti. Sekiranya rakan2 tidak dapat hadir untuk kali ini, mungkin ada kesempatan di lain masa.

Diharap rakan2 dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis yang julung kali diadakan. Majlis kita untuk kita.

EJA MENGENAKAN KURUNG MODEN

Minta kuar je berita mengenai pelakon yang aku minat nie... mesti aku akan simpan buat koleksi peribadi.... dulu2 rajin gak gunting tampal.... sekarang dah canggih... copy paste... sangat senang.

Orangnya sememangnya manis...tampak lagi manis apabila mengenakan persalinan kurung moden rona kelabu dilengkapi selendang yang menyerlahkan lagi keanggunan. Seorang yang pelakon yang menjangkau usia 38 tahun dan merupaka ibu kepada seorang cahaya mata, Nur Eishal.

Setelah sunyi sekian lama....kita dikhabarkan dengna berita yang mengembirakan....bagi aku yang meminati lakonannya tak sabar nak menonton lakonan terbaru EJa menerusi telefilem yang bertajuk Ahmad Durrah yang bakal disiarkan seminggu selepas Aidilfitri di TV3.

Cerita Ahmad Durrah hasil garapan Raja Ahmad Alauddin cukup mencabar mental dan fizikalnya apatah lagi sepanjang dua minggu penggambaran di Pulau Pinang, kebanyakan adegan berlangsung di tepi pantai atau di tengah lautan. Nak tahu selanjutnya klik di sini.

Monday, August 23, 2010

SERBA TAK KENA

Semalam aku balik lewat..sebab dok edit gambar untuk perbaharu lesen keta yang bakal tamat tempoh hujung bulan nie... klu balik lewat tu... selalunya aku akan beli juadah berbuka kat depan sekolah je.... senang nanti tak payah nak singgah kat pasar ramadhan Saujana Utama...

Semalam juadah berbuka puasa aku:
  • Laksam kuah lemak
  • Nasi putih (kari kepala ikan tenggiri)
  • Air Soya
Balik, sampai je kat umah lebih kurang pukul 5.30 p.m.... nak buka je pintu pagar... aku tengok dah diikat dengan dawai... sah, nie mesti pagi tadi aku tak kunci... Nasib baik dapat jiran yang sangat prihatin. Selalunya dia akan ikat guna dawai klu aku terlupa nak kunci. Siap je park keta.... nak buka grill....aduh... grill pun rupanya tak kunci....ari semalam kenapa serba tak kena. Dah la...pagi tu tersalah masuk lorong. Nasib baik keta belakang aku bagi signal, dia beri laluan...aku angkat lah tangan tanda terima kasih... dalam kepala dok fikir.. mcm mana boleh tersalah lorong.... padahal ari2 dok lalu jalan tu.

Kalau bangun lewat je.... mulalah mengelabah semacam... tu semua gara2 takut jem. Buat keja semua dalam keadaan kelam kabut...lepas tu semua tak terbuat... selalu 6.15 a.m aku dah kuar, tapi semalam dah 6.30 a.m. Sekarang bulan puasa, semua orang kuar awal.... klu lewat sikit je. Dalam taman nie pun dah bersesak dengan kenderaan.

Kerja yang sempurna dilakukan dgn senang hati...
Kerja dengan penuh keiklasan akan diberkati....

Sunday, August 22, 2010

PELAKON DIMINATI SENTIASA DINANTI

Jika kita cintakan seseorang kita akan cuba mengenalinya...
Jika kita minat seseorang kita berusaha mencari maklumat mengenainya...

Memang aku meminati pelakoan Eja nie... tapi banyak lagi mengenai dirinya yang masih aku belum ketahui....ada masa terluang aku cari maklumat kat tenet... kalau kat tenet tu infonya salah... salah lah apa yang tertulis kat blog aku nie.... sebab aku copy and paste je.... just for koleksi peribadi... he he he he...

Siti Shahrizah Saifuddin (Eja), dilahirkan pada 18 Januari 1972 di Kuala Kubu Baru dan merupakan anak pegawai polis marin. Eja pernah mengambil kursus setiausaha selepas tingkatan lima, sebelum memutuskan untuk menyertai Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari. Selepas 6 tahun, Eja mula menceburi bidang lakonan hingga lah ke ari ini.

Tahun 1997 merupakan titik permulaan bagi Eja dalam bidang seni kerana telah ditawarkan bagi mengacara rancangan muzik Video Skop di TV3.

Eja penah mengacarakan rancangan:
  • Roda Impian, di Astro Ria dari 1999 hingga 2003
  • Rancangan untuk remaja, Zoom di Astro
  • Rancangan fesyen dan gaya hidup TV1
  • Rancangan You Asked For It di NTV7
Filem yang pernah dibintanginya:
  • Sara (2001) - first film
  • Anak Mami The Movie (2001)
  • Bilut (2006)
  • Filem Kayangan
  • Filem Misi: 1511 (2006)
  • Sepi
Drama bersiri lakonannya:
  • Ejen 88 & 44
  • Demi Rahsia
  • Teduh Kabus
  • Salam Taj Mahal (2000)
  • Kiranya Ku Tahu (2000)
  • Takhta Hati
  • Tiga Dara - Tan, Tin Tun
  • Rindu Semakin Jauh (2004)
  • Kalau Itu Takhdirnya (2004)
  • Masih Ada Cinta
  • Wajah Kekasih
  • Cinta Semerbak Kayu Manis
  • Mya Zara
  • Seputih Qaseh Ramadan
  • Wadi unung
Drama lakonanya:
  • Dimata Mu Aku
  • Dijiwa Mu Dia (2002)
  • Pembunuh Upahan (2003)
  • Igawan (2004)
Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja bersama dengan Intan Azura
(hehe he nie mesti time ceta wani unung)

Pelakon Eja pernah dinobatkan sebagai Pelakon TV/VCD Wanita Popular sepanjang tahun 2004 pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2004).

Drama Rindu Semakin Jauh yang disiarkan melalui slot Samarinda memberikan kesan positif pada permulaan karier Eja, dengan rating penonton 3.5 juta. Manakala drama Kalau Itu Takdirnya yang disiarkan menerusi slot Identiti yang mencecah 2 juta penonton. Drama Masih Ada Cinta pula mencecah 2.9 juta penonton. Semua drama nie... aku tak pernah miss. Aku lah tu... salah seorang penonton antara yang berjuta tu....

SYURGA MAKANAN DI DUNIA

Hari nie, aku singgah di pasar ramadhan Shah Alam...yang dekat dengan Stadium Shah Alam tu. Keta punya lah banyak... aku terpaksa parking keta nun jauh dari pasar.... boleh tahan gak penatnya berjalan kaki. Tujuan aku, hanya satu nak cari cendawan goreng tepung. Pasar Ramadhan paling meriah pernah aku jumpa kat Shah ALam lah.... ari nie aku tak larat nak jalan... satu lorong je aku jalan...orang ramai...nak jalan pun susah.

Aku beli apa yang patut dan terus balik....tak ada dah nak singgah mana2... memikirkan banyak keja kat umah yang belum settle lagi. Mana nak basuh baju...nak lipat baju... nak cari tiket firefly kawan aku lagi...pening dah kepala dok fikir mana aku letak...harap2 jumpa lah... klu tak jenuh nak ganti... member nie nak ke Singapore... tiket untuk 2 orang pulak tu...

Ari nie menu berbuka aku:
  • Nasi kerabu dengan telur masin dan daging bakar.
  • Air Soya
  • Cendawan goreng tepung
  • Sambil ikan bilis tempoyak (jiran sebelas hulur)
Alhamdulilah, dah selamat berbuka puasa untuk hari nie.

Saturday, August 21, 2010

BELAJAR SEMASA MENGAJAR

Suatu ketika dulu, semasa aku bergelar anak murid...subjek paling aku takut, tak lain tak bukan Bahasa Inggeris.... dari sekolah rendah...sampai lah habis SPM... tapi aku tetap bersyukur kerana diberi peluang belajar dengan cikgu BI yang garang. Alhamdulilah BI SPM aku lulus gak. Terima kasih cikgu.

Pengalaman betul, bila aku berpeluang mengajar tuisyen student Form 3, private school. Pelajar nie, belajar BM tapi dia berkomunikasi dengan aku guna BI... hu hu hu ...first time aku belasah je ckp BI ala siam aku nie.... janji dia faham. Ada perkataan yang dia tidak faham terpaksa aku terangkan dalam BI. Jenuh fikir lah.... perkataan nak digunakan. Bayangkan orang bercakap BI, yang kekurangan vocab.

Minggu lepas pelajar aku nie ada trial PMR...so ada satu perkataan yang dia tak tahu BM sebut apa... Aku membayang mesti perkataan tu susah sangat .... nak tahu perkataan apa?
'Traffic Light' je...tak tahu dalam BM sebut apa. Nak tahu dia tulis apa?
'Lampu Jalan' tapi boleh lah...janji masih lagi kat jalan raya.

Semasa aku mengajar sebenarnya, memberi peluang kepada aku untuk berkomunikasi dengan my student guna BI. Sekurang2nya lebih yakin sikit nak speak in English... he he he...sebab nanti nak pe bercuti kat Australia... kena belajar nie. (berangan tak habis2 aku nie...)

Belajar tak mengenal guru....
Belajar jangan cepat jemu...
Belajar lah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu...
Supaya penuh ilmu di dadamu....

BERBUKA PUASA

Hari nie merupakan hari bekerja.... sekolah ganti untuk raya nanti. Ting tong...ting tong.... 2 minggu jugak cuti sekolah kali nie... he he he lama tu. Mula bercuti pada 4 September sehingga 19 September dan mula bersekolah semula pada 20 September 2010. Hari Selasa 21 September dah start UPSR. Aku tak ada anak pun berdebar2.... orang menilai seorang guru melalui pencapaian yang diperolehi oleh anak muridnya. Manakala orang menilai GB, berdasarkan keputusan keseluruhan UPSR sesebuah sekolah tersebut. Setiap masa sebenarnya kita dinilai.

Balik dari sekolah aku memang kepenatan.... solat zohor dan lena. Bangun daripada tido, mandi...solat dan bersiap2 untuk ke pasar ramadhan. Jenis aku malas nak berjalan. Kat mana aku park keta... kat situlah aku beli juadah... Hari nie menunya:
  • Nasi beriyani lauk kurma daging. (ikutkan, aku suka kambing...tak ada lah pulak)
  • Air epal
  • Kuih ari nie aku tak beli.... sebab nak pulun nasi bagi habis.
Jimat betul aku berbuka puasa... sebenarnya aku nie jenis bukan pemakan sangat. Itu pun tadi, nasi beriyani separuh je dapat makan.... ingatkan kat umah kawan nanti boleh ulang lagi sekali.

Kejap lagi nie, nak bergerak ke Klang. Mungkin tido di sana. Malam nie ingat nak siapkan projek pasang relling langsir.... kesian member nie... dah lama sangat tak pasang2.... raya dah la tak lama lagi. Harap malam nie dapat disiapkan. Sebab esok malam, ada tuisyen anak kawan kat umah. Aku kadang2 buat program... tut tut tut kena ubah.... kadang2 aku nie pelupa yang aku ada janji dengan orang nie...orang tu...

Manusia memang pelupa...
Sebab itu kita dingatkan supaya saling ingat mengingati....

Wednesday, August 18, 2010

IMPIAN TINGGI MENGGUNUNG II

Gambar kredit from tenet... Eja dan Melvin

Melihat artis kesayangan aku posing di salah satu tempat di puncak gunung Kinabalu....lagi bersemangat untuk aku meneruskan hasrat untuk sampai ke puncak. Ini bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakan... memerlukan perancangan yang rapi dan tidak boleh tergesa-gesa melakukannya.

Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut dan memanjang di Banjaran Croker. Suhu di puncak gunung boleh mencecah ke 0 darjah selsius. Aku rasa kalau aku sampai kat atas sana mahu menggigil. Sebab, aku nie memang jenis tak tahan dengan sejuk. Kat Sungai Buloh pun..... kadang-kadang aku tak tahan sejuk. Gunung ini terbentuk dari batu granite yang masih muda.

Semangat berkobar-kobar.... insya Allah jika kesihatan mengizinkan pada bulan Nov nie aku akan ke Kota Kinabalu... dan selepas itu, aku ingin timba pengalama berada di Kundasang dulu, sebelum mendaki Gunung Kinabalu yang di jangkakan pada bulan September tahun hadapan.

Mengikut pembacaan beberapa blog, jarak dari Kota Kinabalu ke Taman Kinabalu (National Park) ialah kira-kira 90 km. Pelbagai jenis kenderaan darat boleh digunakan untuk sampai ke sana. Tetapi yang paling popular ialah bas dan bas mini.

Tambah bersemangat lagi, bila aku terdengar iklan di radio hot fm...iaitu kejayaan seorang OKU menawan puncak gunung Kinabalu. Paling membanggakan aku Melvin mendaki dengan menggunakan sebelah kaki pada pertengahan April lalu.

Melihat kegigihan Melvin membuat persiapan.... aku terfikir mampu ke aku melakukan sedemikian. Sekiranya aku berjaya, dalam ekspidisi pendakian ini... seronoknya tak terkira. Sebenarnya sejak di Maktab lagi aku memasang angan2 untuk mendaki gunung Kinabalu yang mempunyai keindahan alam semulajadi yang tak ternilai.

Gunung yang tinggi mampu didaki...
Lautan luas mampu direnangi...
Belantara tebal mampu diredahi...
Semuanya memerlukan kecekalan hati....

MENGANTUKNYA

Hari nie aku mengantuk sangat.... padahal petang semalam aku dah tido...malamnya aku tido awal... bangun mcm biasa je. Tapi entah kenapa... mengantuk sangat. Menguap, tak usah ceta lah berkali-kali. Atau pun terlebih tido....boleh jadi jugak kan.

Mengantuk.... tapi masih lagi boleh buka mata. Setiap orang ada kelebihannya.... aku klu mengantuk melampau... sampai tak boleh buka mata tu.... petanda ada kaum keluarga terdekat nak meninggal.

Sejak puasa nie, mengantuk melampau2... pelik aku. Sebelum puasa ok je. Siang tak tido pun. Puasa ke tak....sama je bangun awal gak. Aku rasa, sebab bulan puasa nie tak pekena teh tarik kot....tu yang mengantuk... tapi malam nie... balik dari bandar baru, singgah kedai Cakna oder nasi untuk bersahur....sambil tunggu oder siap... sempat aku pekena teh tarik segelas. Harap esok tak mengantuklah....

RABIATUL ADAWIYAH

Gambar terbaru Ada.... comel gitu. Ari2 mesti tido Ada... susah nak jumpa ari yang Ada sampai di sekolah jaga. Usik lah macam mana pun.... tak kan bangun punya. Ikut bapak dia.... tido mati... bukan aku kata, mak Ada yang cakap.

Boleh dikatakan dalam sehari tu susah nak dengan Ada menangis.... menangis nak susu je.... kalau isap susu botol mahu aku bawak balik umah sehari.... tapi Ada nie... hisap susu badan lah pulak.... sekarang nie umur Ada dah nak masuk 6 bulan. Hari gaji nie genap lah 6 bulan.

Mak Ada... kami nie sehati sejiwa betul... bukan sekali dua, pakai baju colour sama.... dah banyak kali... tu yang boleh ngam....

Monday, August 16, 2010

AKU DAN FACEBOOK

Setiap hari boleh dikatakan aku akan membuka laman fb... sehari je tak buka... terasa rindu dan terasa ada sesuatu yang tak kena... begitu lah rutin aku seharian. Aku dan pesbook. Lain orang lain caranya dalam menghiburkan diri sendiri. Memang betul, ramai org akan leka dgn fb... yang tu tak boleh dinafikan..... itu pun aku tak main game.... berkebun2 tu aku tak layan... aku cuma baca mesej, layan chat dan membalas komen. Itu pun dah cukup byk.... masa dihabiskan kat situ.

Seronoknya, sejak aku ada fb nie....ramai kawan lama aku jumpa. Ada tu berbelas tahun tak jumpa. Walaupun jumpa di fb...tapi seronoknya hanya tuhan yang tahu.

Semalam aku dapat mesej drpd Pegawai Pelajaran Negeri Pahang... dia hantar no phone adiknya... aku dah loss contact dgn member nie 10 tahun. Ini pun gara2 aku add Apis, kebetulan pegawai nie cikgu Apis dulu...so ada dalam senarai friendnya. Tak sangka pulak aku hantar mesej, dia balas. Aku betul2 gembira.

Semalam aku terus call member tu... punya lah terperanjat dia...
"Wei...kat mana ko dpt no phone aku nie.." dgn nada org terkejut...
"Sekarang dunia di hujung jari he he he ..." sambil gelak. Lagi lah buat member nie pelik.

Malas nak bagi dia berteka-teki..aku cakap lah terus terang kat mana aku dapat phone nie. Member aku nie, org Sungai Buloh tapi keja kat Kuantan.... siap lagi beritahu nak serbu umah aku... klu dia balik kg.... he he he.

Ari nie, aku dah janji dengan Apis nak berbuka puasa sama-sama... Sebenarnya, kami tak jumpa dah 18 tahun....lama kan. Banyak ceta nak di storykan...ceta 18 tahun punya.... tapi masa malam nie agak terhad. Sebab lepas berbuka aku kena pe sekolah... Harap ada lagi pertemuan2 akan datang.

Kawan yang baik sentiasa di hati....
Kawan yang pernah menyakitkan hati....
Tak mahu lagi diingati....
Biarlah masa yang menentukan nanti...

LANGIT TAK SENTIASA CERAH

Hari nie... bangun je tido pagi tadi, terasa beratnya kepala...tapi aku gagah jugak ke sekolah. Aku tak suka poteng...kecuali ada hal yang tak dapat dielakkan. Ari nie, kelas aku memang penuh. Tapi nasib baik lah muridnya baik-baik. Terima kasih kerana memahami keadaan gurumu ini. Masuk kelas yang akhir aku dah tak tahan...sakit sangat. So aku minta tolong member picikkan.... lega sikit.

Tapi nak drive keta...aku tak berani. Takut apa2 hal kan susah. So aku minta tolong member nie hantar. Keta aku tinggal kat sekolah. Sampai umah aku terus tido....tak ingat dunia. Pukul 5.20 p.m baru jaga. Itu pun banyak call daripada kekawan yg aku tak angkat dan ada jugak yang aku bercakap dalam mamai2.

Paling aku sedih bila duduk sorang nie, dah lah tak sihat... kepala masih berat. Keta tak ada, patah kaki dibuatnya. So tak dapat lah kuar pe beli makanan untuk berbuka ari nie. Jenis aku memang segan nak minta tolong orang. Padahal boleh je kirim kat jiran sebelah nie beli nasi ayam... masa dia pe ambil anak sekolah. Segan punya pasal rela aku berbuka dengan buah kurma dan air. Itu je lah juadah aku berbuka malam nie.

Kan pukul 10.00 nanti member jemput tido umah dia... nie nak kena singgah kedai beli makan dulu. Kalau tak tido umah dia, esok aku nak ge keja naik apa pulak kan...

Bila time sakit mcm nie rasa nak cari teman.
Tapi bila sihat rasa tak ada teman pun tak pe.

Sunday, August 15, 2010

KEINDAHAN PEMANDANGAN DI PUTRAJAYA

Bangganya aku menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai Pusat Pentadbiran terancang dan bangunannya tersegam indah. Kebijaksanaan pemerintah pada ketika itu dan hasilnya kita boleh lihat pada hari ini.

Aku suka tengok gambar nie... aku selalu membayangkan raksasa akan muncul disebalik bangunan tersebut... macam dalam ceta ultraman.... first time aku sampai di menara nie...

Pemandangan dari menara tinjau... kawasan tapak pesta flora Putrajaya.... sebenarnya bukan bunga je ada masa tu.... gerai jualan pun boleh tahan banyaknya. Tapi lebih berkonsepkan seni.

Ini aku ingat kalau kamera boleh zoom puh ...memang comel. Tapi nie je lah hasil snap kamera aku nie.... setakat hari nie masih lagi mampu berbakti kepada aku.... I love Olympus.

Jauh sangat kan....gambarnya tak jelas. Tapi boleh lah buat kloksi peribadi aku....