Thursday, January 27, 2011

BAHASA MELAYU BAHAGIAN B

Aku menulis hanya sebagai perkongsian... sekiranya pembaca fikirkan baik boleh lah guna dipakai... sekiranya tidak abaikan saja. Aku bercerita berdasarkan pengalaman mengajar kelas hujung. Aku tak kisah orang beri kelas hujung... pada mulanya memang tension bagat... sebab kita nie suka meletakkan target yang tinggi. Hakikatnya mereka tak mampu untuk mencapainya.

Pengalaman semalam mengajar aku agar lebih peka dengan kemampuan anak murid dan mengajar mengikut kemampuan mereka. Mengajar mereka nie menuntut kesabaran yang tinggi. Aku nie, bukannya jenis sabar... tapi terpaksa lah.

Kelas hujung nie... bahagian B memang susah nak ajar... tapi kita jangan terus abaikan mereka nie. Kita perlu bantu mereka. Selalunya apa yang aku buat... aku sediakan karangan yang sudah lengkap.

Langkah 1
  • Mereka akan baca bersama-sama. Ada sesetengah tu, merangkak lagi membacanya. Apa yang penting kita sentiasa suruh mereka membaca.
Langkah 2
  • Keluarkan apa yang terdapat dalam setiap perenggan. Contohnya dalam pendahuluan untuk karangan jenis laporan. Murid dibantu untuk mengeluarkan maklumat yang ada dalam bentuk kata kunci. Contohnya, tempat, bila, siapa yang terlibat....
Langkah 3
  • Mereka akan salin semula karangan berkenaan. Tekankan kepada murid, jangan buat kesalahan. Pastikan mereka menyalin dengan betul terutama ejaan dan penggunaan huruf besar dan kecil.
Langkah 4
  • Menggunakan karangan yang sama, kita boleh minta murid menukar laporan tersebut. Kalau contoh karangan laporan mengenai Hari Sukan. Mungkin kali nie cikgu minta murid membuat laporan mengenai Hari Anugerah Kecemerlangan.
Murid kelas belakang nie.. kalau mereka dapat buat... punya lah seronoknya. Mereka nak buat sendiri memang tak ada lah. Aku buat cara tu... Alhamdulillah separuh jugak kelas aku lulus BM penulisan. Ikutkan target memang nak luluskan semua. Tapi apa kan daya. Tak mampu den.

Bagi mereka yang mengajar kelas biasa lain caranya pulak. Kita akan target murid nie dapat cemerlang. Bagaimana caranya:

  • Guru perlu dedah kepada murid dengan pelbagai soalan karangan mengikut jenis karangan.
  • Dedahkan semua jenis contoh karangan. Selalunya kawan aku nie... dia kumpul contoh karangan dalam didik dan fotostat untuk semua murid. Ini penting sebagai rujukan kepada mereka.
  • Kuasai semua jenis format karangan. Beza dengan kelas hujung. AKu ajar karangan jenis cerita je.
  • Kaitkan tema karangan dengan pelbagai jenis karangan yang berkaitan. Contohnya, tajuk Hari Sukan. Kita boleh ajar buat dalam bentuk laporan, catatan, cerita dan sebagainya.
  • Banyakkan aktiviti mencari isi karangan. Selalunya aku dah sediakan peta konsep yang kosong dan minta mereka mencari isi secara berkumpulan. Kita boleh buat semasa kelas malam atau pun kelas hari Sabtu.
  • Hasil karangan murid yang cemerlang boleh dijadikan contoh kepada rakan yang lain. Mungkin kita boleh minta murid salin karangan terbaik tersebut.
  • Minta murid membaca contoh-contoh karangan. Kalau cikgu rajin sediakan dalam bentuk buku atau pun minta murid membeli buku contoh karangan. Satu karangan sehari.
  • Hafal kata-kata pendahuluan dan penutup beberapa karangan. Supaya mereka ada idea untuk membuat penutup dan pendahuluan dengan baik.
  • Banyakkan latihan membina ayat berdasarkan isi-isi yang dibincangkan.
  • Adakan latihan membina rangka karangan supaya mereka mahir dan mampu membuat rangka sebelum membuat karangan yang lengkap.
Guru yang berkemahiran...
Memudahkan pengajaran dan pembelajaran....

2 ulasan:

su said...

sungguh teruja dgn perkongsian ilmu dr eeeda!

su kongsi subjek Matematik & eeeda subjek BM! wahhh..best2! hik3!

eeeda said...

Pengalaman yg ada jika dipanjangkan insya allah lebih diberkati.

Perkongsian itu tidak bermakna kita hebat... tapi lebih kepada memberi dan yang menerima dapat mengaplikasikan dengan lebih baik lagi.