Sunday, January 2, 2011

BARANG ANTIK

Rezeki aku hari nie... tak sia-sia bangun awal untuk ke pasar pagi. Sampai di satu gerai nie aku begitu tertarik dengan barangan yang dijual. Aku buka mulut untuk bertanya harga set tembaga nie. Dalam kekalutan menyusun, dan kebetulan tanda harga pun tak ada.. mak cik nie tersebut lah RM.... nak beritahu ke harga nie.... tak yah lah kot. Aku memang dah tertarik dengan harga tu... nie peluang. Kat tempat lain memang tak dapat harga nie... lagi pun dah susah nak jumpa barang lama nie.

Set tembaga nie ada 6 anak... satu ibu dengan alasnya sekali.

Ini merupakan barangan tembaga pertama dalam koleksi aku.... sampai je umah... aku dah tak sabar-sabar nak snap gambar dan buat post. Bukan apa, selalunya bila dah banyak ari... malas dah nak buat post.

Bertambah bersemangat lah aku nak beli almari display.... simpan dalam almari kurang sikit berhabutnya. Harga asalnya RM180.... oleh kerana mak cik tu tersalah cakap... RM150 dan aku pulak customer pertama dia... so dia berilah dengan harga tu. Rezeki aku ari nie.

Barang lama ada nilai estetikanya...

2 ulasan:

nikths said...

cantik,menarik.Barangan tembaga nak kena selalu mengilatkannya baru nampak berseri.Setengah collector biarkan begitu sahaj supaya nampak antik.Apa pun syabas diucapkan.Teruskan hobi anda.

eeeda said...

Tu lah, minat sanggup je kan...