Sunday, March 27, 2011

ADA SKOP BIDANG TUGAS GURU KE????

Baru-baru nie... aku sempat snap gambar member den nie.... dia tak langsung perasan tu.... tekunnya buat keja... kebetulan ada kamera member den... kalau dia tahu mahu kena marah. Sorry ye Da... akak post kat blog nie...

Kerja guru bukan setakat mengajar... tukang kayu pun termasuk sekali ke???... jawapannya tengok gambar tu....sekolah aku tak ada cikgu lelaki ke??? jawapannya ada... siap ada menteri pembangunan lagi... guru khas yang dilantik oleh guru besar untuk buat kerja-kerja baik pulih apa yang patut... tapi tu lah kan... suruh orang bukan dan dan tu dia nak buat... kekadang tu, suruh berkali-kali baru buat... bukan nak mengata kat guru tu.... kita faham sendiri lah, kerja guru nie bermacam-macam... kalau setakat mengajar je... confirm banyak masa terluang.

Member nie... nak tebuk lubang papan kenyataan yang terbiar... nak diguna pakai semula... alat drill tu pun hak peribadi dia... angkut buat mai sekolah... punya lah nak buat kerja sekolah... sikap macam nie lah kalau nak jadi kan contoh... bukan mencari alasan untuk tak nak buat kerja... tapi mencari penyelesaian sebab nak siapkan kerja... susah nak cari cikgu yang buat kerja tak perlu disuruh... aku rasa dia buat kerja nie, hari Khamis... sebab pakai baju batik...

Tu belum cerita pasal kelas dia lagi... memang terbaik lah... bersemangat aku mengajar kelas tu... sebab cantik... aku ajar Maths je... dia guru kelas. Cikgu kreatif nie, buat apa pun mesti cantik kan... tukang jahit pulak tu... semua meja berskirting tu....

Jika guru tidak berkira...
Sekolah pasti akan ceria...

8 ulasan:

Ticer Syah said...

nk jadi cikgu bkn senang kan.. suma kena terer..jadi doktot, jadi arkitek, jadi kerani, jadi wartawan, jadi pegawai kebajikan, jadi polis, jadi penyiasat, jadi tukang cat pon harussss pandai..akkakakka.. tp orang tak nampak noh..kasiannnnn

eeeda said...

Hebatnya seorang guru, kepada adik-adik yang berminat nak menceburi bidang perguruan... belajar lah mengenali kerjaya guru... agar kau lebih bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia pendidikan.

Unknown said...

guru cemerlnag bangsa gemilang

eeeda said...

Harap2, kami dapat jadi guru yang mampu memberi sumbangan untuk melahirkan generasi yang terlibang.. walaupun bukan guru cemerlang.

zuwaidah said...

guru terbaik menjadi contoh pada anak2 murid, tak gitu

eeeda said...

Harap yang terbaik tu terus menjadi ikutan anak didik.

Cikgu Musi said...

tahniah kepada guru dalam gambar tu..
anda hebat...berbaju kurung..
tak ramai guru wanita bleh buat cam tu..
guru lelaki pun belum tentu...

eeeda said...

Tu lah, cikgu yang macam nie lah nak kena jaga... supaya motivasinya tak down... jangan dah berpindah baru lah disebut-sebut.