Monday, March 14, 2011

EDIT GAMBAR GUNA ADOBE PHOTOSHOP

Semalam aku tidur lewat... gara-gara begitu teruja nak mengedit gambar pertunangan member... Aku sebenarnya tak pandai pun... baru nak cari guru untuk mengajar aku... dah tak sabar, aku belasah je buat sendiri...

Sebelum nie aku ada hantar suruh budak tolong edit... sekeping 8" x 6" RM5... oleh kerana aku edit lebih 40 keping budak tu ambil RM3.... so cuba bayangkan RM3 x 40 tambah dengan kos pos lagi...tak ke dalam RM135.

Satu album photobook bersaiz 8" x 6" kosnya:
Edit gambar = RM135
Hantar printing = RM166
Total = RM295

Nie tak boleh jadi... lebih baik aku belasah sendiri edit... nak jadi pandai dan mahir kena selalu buat... he he he pujuk diri sendiri... mungkin hasil pertama tak seberapa... akan datang mana tahu mampu edit gambar pengantin.

Member aku nie, nak suruh aku edit 40 keping... semalam aku dah siapkan 13 keping... aku buat mana yang aku tahu je lah... alah susun-susun je. Nak buat yang hebat-hebat tu aku kena belajar lagi... Guru dah dapat tengah setting masa je... sebenarnya geng blogger pun ada nak ajar free je ... tapi aku kan sentiasa sibuk.

Oleh kerana minat yang membuak-buak... tu pun selepas photobook pertama telah siap diprinting. Bukan aku je yang seronok tengok gambar macam tu... kekawan pun ada yang menyatakan keinginan nak buat macam tu.

Sekarang aku tak ada kamera... kalau ada kamera aku dah upload photobook aku tu...

3 ulasan:

~Insan Biasa~ said...

aku dah tgk gambar yg ko email tu....
hei...you know what? aku pun x reti nak buat mcm yg ko buat tu...so bermakna kira aku puas hati gak dgn gambar yg ko edit tu....
untuk beginner macam ko kira ok lah tu....huhuhu aku dah ketinggalan satu step dah nih.....anyway...thnks coz sudi nak edit2 gambar aku...bersyukur sgt dah aku mek.....

~Insan Biasa~ said...

"termeterai ikatan janji...maka tersarung cinin dijari"

eeeda said...

First time edit.. for printing.. he he he..

Nanti sebelum hantar ko tengok dulu... yang mana tak nak kita buang so puas hati printing nanti...

Tak pe nanti aku ajar ko pulak..