Monday, March 14, 2011

HAD POTONGAN GAJI KAKITANGAN AWAM

Tadi keluar mengeteh, sempat lagi beli paper Kosmo... walaupun dah banyak paper secara online... nak jugak beli yang menual kan... aku tertarik dengan tajuk muka depan yang besar gedabak tu...

'MUFLIS KERANA HUTANG KERETA'

Aku pun tak tahu sebelum nie... kalau beli kereta pun boleh muflis...
Tu lah hampa nak berlagak pakai kereta baru...

Dah le keja pun baru...

Baru nak bergaya.. dah bank sapu...
Baru garu kepala yang tak ada kutu...

Seramai 542 penjawat awam yang diisytiharkan muflis... dulu kita dengar orang yang berniaga je muflis... sekarang kakitangan sokongan pun ada yang muflis. Dulu pernah aku tanya seorang peguam nie... macam mana sesorang tu boleh diisytiharkan muflis... dia beritahu, sekiranya hutang kita melebihi RM30k... masa tu aku jadi penjamin kawan nie... bank dok call aku sebab dia tak bayar hutang. Rupanya bukan member aku tak bayar... tapi kesilapan teknikal di bank... orang baru yang ambil alih tugas tu. Dah tahu hal sebenar... lega sikit.

Hari nie kalau nak jadi penjamin pun kena fikir 1000 kali... aku sanggup hilang kawan... daripada menangung hutang orang nanti... paling parah kalau sampai kena isytihar muflis. Setakat nie 2 orang je aku jadi penjamin... sorang tu kawan zaman sekolah dulu.... dan sorang lagi madu aku... jadi penjamin sebab madu nak beli kereta baru... anak-anak dah bertambah, so selesa sikit pakai keta besar. Aku pun boleh tumpang sekali he he he merasa gak drive kereta baru.

Berbalik kepada had potongan gaji kakitangan awam... kat sekolah aku, guru besar memang ambil berat bab nie... sebelum staffnya nak buat pinjaman peribadi ke??? apa ke?? mesti check dengan kerani... sama ada, masih layak atau pun tak.

Pernah 2 tahun yang lepas... aku dan beberapa lagi orang guru diminta untuk membuat surat tunjuk sebab kerana potongan melebihi 60%... satu salinan ke PPD. Malu tu memang lah malu sebab nama naik... satu sekolah tahu... tapi yang penting aku tak mintak sedekah dengan hampa. Masa tu potongan aku 62% je... pun dah kena buat.

Aku setuju sangat lah GB buat macam tu... sekurang-kurangnya staff dia tak ada yang bermasalah kewangan. Sebagai contoh, staff yang bergaji RM3500 hanya layak buat potongan RM2100 dalam slip gaji. Kalau semua hutang dah settle kat situ ok lah... bersih RM1400 untuk belanja... kalau sorang aku rasa cukup... tapi kalau berdua, bertiga parah gak tu.

Ramai kakitangan awam nie buat loan peribadi...
Untuk kegunaan peribadi...
Alih-alih diri sendiri yang rugi...

Kalau potongan untuk bayar umah, beli insurans, bayar kereta, bayar zakat tak apa... lama-lama nampak jugak bendanya... ini buat pinjaman masuk skim cepat kaya... konon nak makin kaya... rupanya makin kayap... aku bukan nak mengata orang yang terkena skim cepat kaya tu.

Ingatkan diri sendiri sekali...
Nak buat sesuatu fikir jangan sekali...

2 ulasan:

Cikgu Fatin said...

eeda, tu le.. kalau pikir2 saya ni pun memang tergolong dalam golongan miskin. apapun bersyukur Allah swt masih memberi rejeki.. Aminnn.

eeeda said...

Betul lah kan... kita nie Allah S.W.T masih memberi rezeki kalau tak kaya raya pun... tapi kita masih punya kerja dan kesihatan yang baik.

Di luar sana masih ramai yang kurang bernasib baik. Bersyukur lah apa yang kita ada kan..