Saturday, March 12, 2011

LAGI TAMBAH KOLEKSI MUG

Hobi aku mengumpul mug... tapi tu lah... masih tak boleh nak susun seperti yang diimpikan... idea dah ada nak susun macam mana.... tengok lah setahun-dua lagi. Sekarang lokasinya di dalam kotak di dalam stor.

Baru-baru nie member den... Ada lawatan kerja bersama dengan Majlis Guru Besar Daerah Gombak ke Singapura... so dia belikan den cenderahati mug nie... aku rasa mesti mahal jugak nie... tambah pulak tempat universal Studio... tapi orang dah beri aku terima je...

Terima kasih kepada PK Petang Sulia... yang penting akak suka sangat... nak pe sendiri tak tahu bila...

Harganya tak tahu... sebab member yang beri..

Mug ini dikategorikan Tempat Yang Pernah Dikunjungi. Walaupun bukan aku yang berkunjung ke sana.

Aku begitu tertarik dengan bentuk mug keluaran KFC kali nie... jarang kan kita jumpa... so aku ambil kesempatan untuk memilikinya sementara stok masa ada.

Aku beli di KFC Saujana Utama yang hanya beberapa bulan baru buka... seingat aku masa aku pe beli tu cuti umum... sebabnya banyak kedai makan yang tutup... so terpaksalah aku makan nasi ayam KFC je lah..

Harganya aku dah lupa... tapi tak sampai RM10.
Mug ini dikategorikan Keluaran Terhad sempena 500 tahun KFC beroperasi.

Mug nie aku beli di salah sebuah kedai cenderahati di Jusco Cheras Selatan, sebulan yang lepas... nak cari benda lain... terjumpa lah pulak mug yang mempunyai tulisan Pisces... mentang-mentang aku lahir bulan 3... saja simpan untuk koleksi.... mug yang mempunyai tulisan pisces yang kedua dalam simpananku..

Harganya RM 10.
Mug ini dikategorikan Mempunyai Tulisan Tertentu

0 ulasan: