Wednesday, March 16, 2011

RAKAN ZAMAN SEKOLAH SMJ/96

Tetiba teringat kat kawan-kawan nie... bila entah boleh jumpa ramai-ramai kat KL... makan-makan, sembang-sembang... padahal semuanya kerja di KL... tapi bila nak jumpa... mesti kat kampung.

Niat tu ada, tapi belum dapat tarikh yang sesuai nak jumpa... kalau ikutkan hujung minggu semua orang cuti... kecuali aku je lah selalu ada kerja... tapi kalau sesekali skip kerja untuk memberi ruang kepada kekawan apa salahnya kan... aku betul-betul freenya, lepas UPSR nanti... time tu siapa nak ajak jalan je... aku on... janji ada duit. Tak ada duit pun susah jugak kan. Sekarang nie gerak je duit... gerak je duit.

Aku teringat kat kawan sorang nie... oleh kerana dia je yang dah ada anak-pinak... so sibuk betul dok suruh kami yang bujang nie kawin.

"Ko orang nie bila nak kawin.... umur makin bertambah... nak cari yang macam mana... memilih lah nie"
Kami memilih, tak jugak... bukan tak ada kawan, ramai je kawan... aku bukan nak cakap orang lain... aku ramai je kawan lelaki... tapi dalam hati belum ada taman nak buat macam mana kan.

"Kalau ko orang nak cari lelaki yang stabil, confirm dah berpunya... he he macam aku nie kan dah ada anak 2 orang... nak cari yang muda... baru nak merangkak, baru nak bertapak"
Betul jugak member nie cakap... yang stabil semua dah berkeluarga... lelaki kalau berumur 30an dah ada harta tu... bermakna lelaki yang jenis memikirkan masa depan...

"Susah-susah sangat, ko orang kawin je lah antara ko orang nie ha... bukan tak kenal pun... kawan masa sekolah lagi... habis ceta"
Dok fikir balik memang lah antara kami nie ada yang belum kawin... si bujang 2 orang tu belum kawin... tapi pasal hati dan perasaan nie tak boleh dipaksa.

Aku rasa kami tak memilih, kadang-kadang aku minat kepada seseorang yang tidak berkelulusan... kerja biasa-biasa... bila mereka tahu siapa aku yang sebenar... akhirnya mereka menjauhkan diri... lelaki rasa cukup tercabar bila perempuan lebih daripada mereka.

Tak pe lah, bukan jodoh aku dengan dia... mungkin Tuhan dah ada calon yang terbaik untuk aku.

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...
Bersangka baik lah dengan TUHANMU...

2 ulasan:

zuwaidah said...

sekolah menengah jitra ke nih

eeeda said...

Tak, nie Sekolah Menengah Jerantut, pahang.