Friday, March 4, 2011

SECOND HAND - BEKAS TANGAN

Kita selalu dengar perkataan nie kan... second hand yang membawa maksud barang terpakai... tangan yang kedua menggunakan barang tersebut. Kalau kita translate ke Bahasa Melayu bekas tangan.. dah lari maksudnya.... bekas tangan nie membawa maksud hasil kerja tangan seseorang.

Tapi aku nak ceritakan second (kedua). Tak kisah lah kedua menggunakan barang ke... ataupun kali kedua ke... yang penting kedua. Ada orang memang tak suka beli barang second hand... aku tak kisah... bukan kerana aku tak memilih... tapi kita nie sedar diri... buat apa pun ukur baju di badan sendiri.

Aku beli kereta second hand je... pakai dari 2006 hingga ke hari nie... merata kawasan aku redah... alhamdulillah kereta tu masih mampu berbakti kepada tuannya dengan baik. Jaga service, rosak sikit terus repair... Insya Allah drive macam kereta baru jugak. Bukan tak teringin nak pakai Honda Civic, Pesona dan yang terbaru Inspira... tapi tu lah, tak mampu nak keluarkan belanja sebanyak tu untuk bayar bulanan.

Rumah aku pun ada gak yang second hand... tapi tuannya tak pernah duduk... kira aku juga lah perasminya... rumah tak sama kereta... beli lambat makin meningkat harganya... tapi kereta makin susut nilainya. Aku dengar, kawasan tu pun dah makin mahal harga rumahnya... sebab kemudahan dah makin bertambah.

Motor pun ada jugak aku beli yang second hand... tapi jarang naik... so aku jual. Aku sebenarnya tak kisah sangat bab beli barang second hand nie... kalau berpatutan dengan harga dan barangnya dalam keadaan baik... apa salahnya. Daripada beli yang baru... tapi hakikatnya tak mampu... sudahnya hanya beberapa bulan je dah kena tarik... kepala pening, malu pulak yang dapat.

Bercerita tentang perkahwinan kali kedua... hari nie berita sungguh mengejutkan kita semua... setiap 15 minit berlaku perceraian... statistik menunjukkan keadaan itu amat membimbangkan. Jadi takut lah pulak kan... Tapi kalau nak ikutkan setiap minggu berpuluh jugak pasangan bernikah...

Awal bulan lepas, aku menghadiri perkahwinan kawan aku kali kedua... meriah dan aku rasa lebih meriah daripada yang first dulu.. Insya Allah hujung bulanan nie aku akan menghadiri perkahwinan kawan aku yang kedua jugak... ya lah umur macam kami nie.... kalau kawin tu, kali kedua logik... tapi ada jugak yang kali pertama... jangan terasa pulak yang kali pertama tu.

Kalau dulu orang selalu cakap... kahwin sekali je dalam hidup nie. Sebolehnya memanglah kita nak sekali je dalam hidup nie... dia yang pertama dan terakhir hingga keakhir hayat...kalau boleh bukan perceraian menjadi pemisahnya... Kita hanya merancang... tuhan yang menentukan segalanya.

Mungkin kita diuji di awal perkahwinan... mungkin kawan nie... di pertengahan dan mungkin kawan nie di penghujung ketika usia sudah hampir melabuh tirainya... siapa yang tahu. Kita kena ingat hidup di dunia nie.. tempat untuk diuji. Tolong lah jangan menghina status yang dipegang seseorang tu... bukan dia berkehendak sebegitu... Kita perlu sedar... perjalanan hidup kita masih jauh... tuhan tu kalau Dia nak balas... Dia bayar cash je atas dunia nie. So tolong lah jaga mulut... jangan terlalu bongkak dengan apa yang kita miliki.

Laki yang kita ada hanya dipinjamkan sementara waktu...
Harta yang kita ada, bukan kekal di situ...
Kecantikan yang dimiliki, tak mampu bertahan sepanjang waktu...

Semalam ada sorang kawan aku nie... buka sms aku... dengan kebenaran aku... sebab masa tu aku tengah drive. Mana lah tahu kot-kot mesej tu penting. So dia membaca isi kandungan... kebetulan lah pulak... mesej yang aku terima semalam semuanya berkaitan dengan hal-hal rumah tangga kekawan... yang nie macam nie... yang tu macam nie.

Dia pulak yang terfikir... takut aku nie terpengaruh dengan cerita-cerita yang dikongsi oleh kekawan sehingga menjadikan aku nie jauh hati untuk berkahwin kali kedua. Aku rasa, aku dah cukup matang untuk menilai semua yang aku terima... dan menganggap sebagai pengalaman yang cukup berguna untuk aku harungi alam berumah tangga suatu hari nanti.

Sebenarnya pengalaman mematangkan seseorang... tahun lepas ramai kekawan yang bercerai... awal tahun nie pun aku dikejutkan dengan berita perceraian kawan baik aku... tapi ramai jugak kekawan yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun nie.

Semua kekawan sentiasa mendoakan agar aku dapat hidup bahagia bersama dengan insan tersayang pada suatu hari nanti... Insya Allah kalau ada jodoh tak ke mana... apa pun kita perlu berusaha... jangan berserah kepada takdir sebelum kita berusaha. Tuhan malu, jika tidak makbulkan permintaan hambanya yang tidak jemu-jemu memohon kepadanya.

Hidup perlu sentiasa tabah...
Jangan cepat mengelabah...

Mengenali seseorang perlu ada keiklasan dihati...
Jangan mudah tertarik dengan apa yang dimiliki...


0 ulasan: