Sunday, May 1, 2011

HEBATNYA SEORANG GURU

Kita selalu beranggapan kerjaya seorang guru hanyalah mengajar... setiap hari datang sekolah, masuk kelas mengajar... kemudian tanda buku... hakikatnya tak semudah itu, kerja seorang guru. Di samping kerja yang wajib dilaksanakan mengikut pekeliling yang telah ditetapkan... seseorang guru itu perlu memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan mengikut arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir.

Ini salah satu tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka selain daripada mengajar. Membuat keceriaan di salah satu sudut di perpustakaan. Bila cikgu nie buat kerja??? masa time pengajaran dan pembelajaran ke?? kekawan aku nie sanggup balik lambat semata-mata nak siapkan pentas nie.

Aku tak tahu lah berapa lama mereka nie perlu ambil masa untuk menyiapkan kerja-kerja keceriaan. Satu kelebihan kepada seseorang guru berkenaan jika dia mempunyai kebolehan tertentu yang tak ada pada orang lain. Contohnya kreatif dalam bab menghias. Aku kalau yang nie memang tak lulus.

Tahniah kepada Cikgu Hanida dan Cikgu Shahrul Aida kerana projek tahun lepas berjaya jugak diteruskan pada tahun ini... walaupun bos hang pa cuti bersalin.

Hari Khamis baru nie aku tengok projek nie sudah hampir 70% siap... marah depa aku komplen buah kelapa yang tua duduk kat atas... yang muda duduk kat bawah... pandai pulak tu depa nie jawab... fesyen baru... suka hati hang pa lah... hang pa punya projek.

Tengok nanti... kalau pelawat tegur hang pa nak jawab apa... bukan apa, aku nie takut nanti murid akan tersalah dapat maklumat. Itu sahaja. Tak ada niat langsung nak perlekehkan kerja hang pa. AKu pun tak mampu nak buat kerja macam hang pa buat tu.

Teruskan... sesebuah sekolah akan terus cemerlang... sekiranya mempunyai warga kerja yang cemerlang.

0 ulasan: