Thursday, May 5, 2011

KUNJUNGAN TETAMU

Sudah menjadi rutin aku... sesibuk mana sekali pun aku akan buka blog... catatan dalam blog nie merupakan hak peribadi aku... luahan rasa hati aku... sekiranya terdapat teguran, kritikan yang membina tu bagus jugak... itu tandanya blog nie ada tetamu yang tersendiri mengikutinya... dan sudi membaca... aku hargai.

Aku tertarik dengan komen di ruang chatbox... guna nama tetamu... komen mengenai entry aku KEBERHUTANGAN MELAMPAU. Aku rasa orang nie memang mengenali aku... dan berada di sekitar aku je... terima kasih kerana meninggalkan jejak.

salam ckgu.xbaik brcrita tntng kebrhtangan org.itu mngaibkn org nmanya.sma mcm mgumpat.hntikn lah.nti lmbat dpt jodoh.tkut2 plak nti kta yg trkna bg2

maaflah nsihat je.jgn trasa plak.wsalam.

Kepada tetamu, aku menulis tajuk berkenaan bukan untuk mengaibkan sesiapa pun... kalau aku nak mengaibkan... sudah pasti aku letakkan namanya. Kerja di mana... nak pinjam duit dengan siapa ??? Niat aku menulis entry berkenan agar pembaca mengambil iktibar daripada cerita tersebut... dan pembaca yang tersinggah di sini tahu... dalam kehidupan hari ini... masalah kewangan menjadi barah yang kian merebak dalam masyarakat kita.

Seharusnya kita yang masih belum terjerumus ke arah itu... perlu kawal perbelanjaan dan menggunakan kewangan yang diperolehi untuk perkara yang perlu... bukan mengikut kehendak... Rasanya tidak salah kalau kita ambil pengajaran daripada cerita ini. Aku sendiri pun belajar banyak benda daripada cerita berkenaan. Ada masa nanti aku akan tulis... apa yang aku dapat pelajari.

Aku beranggapan mungkin tetamu melihat dari sudut lain apa yang aku tulis... ingat-mengingat sesama kita tak salah... sudah menjadi tanggungjawab kita... tapi jika kita sudah terlibat dengan masalah keberhutangan... sudah pasti orang di sekeliling kita juga akan terlibat... seperti mana yang berlaku pada aku sendiri dan rakan-rakan sekeliling yang lain... pening kepala memikirkan masalah orang... yang mengalami sahaja akan merasai.

Apa yang kita buat bergantung kepada niat...
Kalau niat kita baik, apa pun orang nak cakap itu hak dia...

0 ulasan: