Tuesday, May 17, 2011

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI PART 1

Percutian kami selama 3 hari 2 malam... bermula pada 14 - 16 Mei 2011... rasa macam dah lama, tapi bila berada di sana... rupanya sekejap je hari dah petang... jadual memang padat. Oleh kerana beg besar-besar kami bercadang untuk check in dulu. Kesian pulak Picanto bawa bebanan yang berat tu. Selepas check in, kami berehat sebentar di bilik.

Pukul 2.00 p.m kami akan meneruskan aktiviti hopping... tapi gambar lambat sikit lah kot kuar kat blog aku nie... guna kamera member.

Ini lah tempat penginapan kami selama 2 malam. Kami menginap di AB Motel yang terletak di Pantai Cenang. Kalau tengok dalam gambar nie memang dekat sangat dengan pantai. Memang sengaja pilih tempat penginapan berdekatan dengan pantai. Lain kali kalau ada masa dan kelapangan... penginapan di sini tentunya menjadi pilihan aku. Sangat sesuai untuk bersantai... sama ada bersendirian, bersama teman, mahupun bersama yang tersayang. Menghirup udara pantai di waktu pagi dan senja... dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa sungguh mendamaikan.

Sebelum pe check in sempat lagi kami singgah di Laman Padi... rupanya tempat nie buka pukul 1.00 p.m. Last sekali aku snap view di luar nie je lah. Gambar di Langkawi nie banyak sebenarnya... maklum lah ada 3 kamera... so aku update blog nie hanya menggunakan kamera aku je... yang 2 kamera lagi tak tahu bila lah dapat gambarnya... entah-entah dah nak pe bercuti tempat lain baru dapat kot. Dalam perancangan kami nak pergi ke Pulau Tioman...

Bergambar kenangan pada hari terakhir bersama dengan kereta Picanto yang sangat berjasa kepada kami sepanjang berada di Langkawi. Kami isi minyak RM30 untuk 3 hari... tapi memang pusing habis lah tanah Langkawi nie. Aku selaku pemandu dan deqna selaku juru pandu... keja dia tengok peta je... tapi biasa lah tengok je peta... akhirnya ada gak yang sesat entah ke mana.

Gambar yang paling aku suka... kami ambil di atas jambatan di cabel car... setting konon-konon nak bagi nampak jugak tiang penyokong tu... berjaya jugak akhirnya... walaupun cubaan pertama gagal mendapat hasil yang menarik.

Berpayung menggunakan kepak burung helang... masa nie orang tak ramai boleh lah buat... cuba orang ramai... tak ada ye... malu aku... sebab yang tukang nak setting aku.

0 ulasan: