Monday, May 16, 2011

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI

Seperti mana yang telah dirancang beberapa bulan yang lalu... kami berempat memilih untuk ke Pulau Langkawi. Aku diamanahkan oleh kekawan untuk menguruskan percutian nie... bermula daripada tempahan tiket penerbangan... penginapan... pengangkutan dan seterusnya menjadi drive sepanjang percutian.

Kali ini kami menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia yang berlepas pada pukul 7.30 a.m di LCCT. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam je. Semasa membuat tempahan tiket aku hanya tempah baggage 15 kg untuk balik. Tak sangka pulak member aku membawa beg saiz yang besar dan saiz berkenaan tidak dibenarkan handlage... terpaksalah check in baggage... dah tu semasa beratur untuk masuk dewan berlepas... beg member sorang nie tak lepas... masalahnya saiz.

Member yang pertama kena RM 45... berat begnya hanya 8 kg lebih... member yang kedua lagi kurang... 6 kg lebih je ... pun kena RM45. Rupanya bayaran RM45 untuk minima 15 kg. Sepatutnya kami boleh save kalau pe check in sekali. Untuk tu je dah melayang RM90. Pengajaran, lain kali kena buat perancangan... kalau rasa nak bawa beg besar tempah siap-siap baggage... jauh lebih murah.

Sampai di Lapangan Terbang Langkawi... orang yang aku nak sewa kereta dah tunggu... kami sewa picanto... sweet gitu. Sesuailah kami berempat je. So kami meneruskan misi lawatan kami... berbekal kan peta yang diberi semasa di lapangan terbang. Langkawi nie jangan risau tak akan sesat... sebab pulau kan. Pusing-pusing pun tang tu jugak.

Misi pertama kami melawat ke Galeri Perdana yang terletak di Mukin Ayer Hangat. Memang teruja betul lah kat sini... banyak betul hadiah yang Tun dapat sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bayaran masuk murah je RM 5.00. Boleh lah kan... berbanding dengan apa yang dapat kita lihat di dalamnya.

Percutian aku kali ini bersama dengan group yang sama ke Pangkor ari tu.... Asma, Fozy dan Deqna. Rakan lama di SMJ.... walau pun aku masuk tingkatan 6... hanya 2 minggu tapi tetap rapat hingga kini.

Mengambil peluang mengabadikan kenangan di Galeri Perdana. Mesti pembaca blog nie tertanya-tanya kenapa bergambar bertiga-tiga... jawapannya... kamera pinjam... so tak sempat lagi belajar setting.... nak suruh orang tolong snap aku malu.... untuk post akan datang dah ada berempat ok.

Lama jugak kami di sini... cuaca pagi nie hujan renyai-renyai. Selepas tu kami ke bilik untuk check in... bilik yang aku tempah sangat puas hati... terletak tepi pantai. Mempunyai dua katil kelamin, dengan kemudahan air-cornd... air panas, tv.... dengan harga RM120 semalam. Memang seronok menginap di Pantai Cenang... waktu malam meriah... banyak kedai dibuka sehingga pukul 11.00 pm. Nak cari tempat makan pun mudah.

Bagi aku, kekawan seronok... aku pasti akan seronok sama.

0 ulasan: