Friday, May 27, 2011

PERSEMBAHAN HARI GURU SKSB

Setiap kali sambutan hari guru pastinya murid-murid sksb akan terhibur dengan persembahan guru-guru mereka. Bila lagi masanya guru nak tunjuk bakat mereka kan... alah nak seronok-seronok... setahun sekali je pun.

Kasut warna kuning tu sendirian berhad... sepasang RM20 tu... lepas nie boleh guna untuk sukan... maklum lah padang kami... ala-ala bendang gitu kan... memang berguna lah kasut tu.

Nie persembahan guru-guru sesi pagi... aku pun tak tahu berapa lama mereka buat latihan... yang pasti latihannya selepas sesi pengajaran dan pembelajaran...

Melopong anak murid sksb... tengok cikgunya menari ala tendang menendang tu.... aku tengok gambar je lah...

Kalau hang pa tengok mesti gelak kan... main bola jaring pakai kain batik dengan kain pelekat... siap dengan helmet tu... memang memenuhi ciri-ciri keselamatan betul... boleh pulak nak kumpul helmet sebanyak tu... aku rasa tahun nie sukaneka yang paling meriah.

Campur guru lelaki dengan guru perempuan....

Group mana nie... tengah pasang strategi tu...

Guru bergembira di Hari Guru...

Persembahan guru-guru sesi petang... boria dari mana nie...

Bersemangat betul cikgu-cikgu nie... ustazah pun join sama... tak menari pun... tapi tukang pusing payung je... tapi yang nie paling penat... tanpa henti.

Semua nie tak kan jadi... kalau tak ada kerjasama... cikgu-cikgu sksb memang sporting lah.

Gambar nie aku ambil daripada fb member.... saja masuk kat blog nie... mana tahu esok bila teringat kekawan... boleh tengok kan...

0 ulasan: