Sunday, May 1, 2011

PERSIAPAN BERCUTI KE LANGKAWI

Begitu pantas masa berlalu kan... pejam celik... pejam celik dah masuk bulan Mei. Hari yang dinanti-nantikan untuk pergi bercuti ke Langkawi bersama teman-teman di SMJ 96... hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Sebagai orang yang diamanahkan untuk menguruskan apa yang patut.. so kena buat lah supaya percutian kali ini berjalan dengan lancar. Percutian kali ini, bukan lah percutian yang dirancang last minute. Kami merancang untuk pergi bercuti akhir tahun lepas lagi. Tiket penerbangan kami tempah Desember lepas.

Percutian kami, sememangnya percutian budget.
  • Tiket penerbangan untuk 4 orang = RM 784 ( naik Air Asia je )
  • Penginapan di Pantai Cenang 2 malam untuk 4 orang = RM 240 (dah booking)
  • Sewa kereta Picanto untuk 3 hari = RM 240 (dah bayar deposit)
  • Bayaran masuk tempat tertentu untuk 4 orang = RM 400
  • Makan untuk 4 orang = RM 320
  • Shopping sendiri tanggung he he he... kalau nak beli banyak kena bawa lah lebih.
  • Jumlah = RM 1984 so, seorang lebih kurang RM 496... senang ceta RM500.
Aku bukan lah kali pertama ke Langkawi... ini merupakan kali kedua. Last aku pi pada tahun 2004 semasa berkursus di Institut Perguruan Pulau Pinang. Tapi hari tu tak semua tempat kami dapat lawati... maklumlah pe dengan rombongan... kena ikut jadual depa. Kali nie pe sendiri... ikut jadual sendiri... baru senang hati.

Antara tempat yang akan dikunjungi... ini pun bergantung kepada keadaan dan kekawan yang lain... aku je nak pe... mereka tak nak pe pun tak boleh jugak.
  • UnderWater World - Bayaran Masuk je RM 28.
  • Kilim Goeforest Park
  • Tasik Dayang Bunting
  • Dataran Lang Langkawi (nie mesti... untuk bergambar )
  • Makam Mahsuri
  • Taman Buaya Langkawi
  • Laman Padi Langkawi
  • Galeria Perdana Langkawi
  • Cabel Car (untuk melihat panorama yang indah)
  • Pekan Kuah... shopping time.
Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Memang aku tak sangka... ini merupakan kali pertama sepanjang perkhidmatan aku... aku mohon cuti pada 16 Mei... yang juga merupakan Hari Guru untuk warga pendidik. Sebenarnya kekawan aku yang tiga orang nie bukan cikgu... tu yang tak perasan... satu lagi... memang kami tak sangka yang 17 Mei tu cuti... ingat nak bercuti dengan senang hati... tak sangka pulak cuti banyak hari time tu... Niat di hati nak pergi bersantai... tapi kalau orang ramai tentunya kurang selesa kan... kan.

Tak sabar rasanya nak ke Langkawi... dalam kepala nie pening satu masalah lagi.... siapa nak hantar kami ke LCCT... maklumlah pepagi buta nie... flight pukul 7.00 pagi... paling tidak pun kami kena berada di sana 1 jam lebih awal... siapa lah jadi mangsa aku kali nie... nie je satu masalah yang tak selesai... balik tak kisah sebab sampai awal. Aku masih boleh menggunakan pengangkutan awam.

Sekali sekala merehatkan minda...

0 ulasan: