Tuesday, May 17, 2011

UCAPAN TAKZIAH

Hari ini, aku dapat sms daripada seorang rakan menyatakan kawan kami ditimpa kemalangan. Aku difahamkan cikgu Anuar mati lemas sewaktu cuba menyelamatkan rakannya ketika mandi di pantai pagi tadi.

Arwah cikgu Anuar, gambar yang atas... nie gambar kenangan semasa aku bersama teman bercuti di Terengganu... percutian kami di sana banyak dibantu olehnya... untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Arwah dijemput dalam usia yang muda. Baru minggu lepas kami bercerita mengenainya. Rupanya, hari nie kami dapat berita sedih. Allah lebih sayangkannya. Kami redha.

Sama-sama lah kita doakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

3 ulasan:

zuwaidah said...

yg ini ke yang masuk dlm harian metro hari ni...alfatihah utk kedua cikgu..smoga dicucuri rahmat ke atas roh mereka

Rohani M.U said...

Salam.
Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Sedih tapi tak dapat menghalang janji Allah swt apabila tiba masanya.

eeeda said...

Ha ah.. dalam metro dan bh keluar berita mengenainya...