Thursday, June 23, 2011

KAU MALU, TAPI AKU BANGGA

Semalam aku dapat sms daripada sorang kawan... kawan semasa sekolah... aku sama sekolah... sama kelas... dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah... seronoknya tak terkata apabila kawan hantar sms bertanya khabar...
"Idah sihat ke??? lama tak dengar berita, tengah mengajar ke?"

Aku tak balas sms, terus je call... tak angkat lah pulak. Mungkin sebab aku guna nombor lain... macam orang kaya je kan... phone sampai 2 nombor. Tak pe lah tak angkat... aku sms. Kemudian aku call... baru lah kawan aku nie angkat.

Aku pun beritahu lah aku sihat... masih lagi mengajar di Sungai Buloh dan sempat lagi menjawab soalan cepu emas... dalam dok sembang tu... sempat lah dia mencelah...

"aku nie sebenar nak minta tolong... tapi segan lah pulak... tak pernah-pernah sms... tetiba nak minta tolong baru sms"
Dalam hati, dia mesti dah tak ada tempat... nak minta tolong... tu sebab dia call aku nak minta tolong.

"ko nak minta tolong apa... kalau aku boleh tolong aku tolong"
Kawan aku nie pun bercerita lah panjang lebar. Kalau aku berada di tempat dia pun tertekan jugak. Siapa lagi yang dia boleh harapkan untuk menolongnya. Suaminya anak yatim piatu... dia pulak anak yatim. Adik-beradik dia memang semua dah bekerja ... tapi tu lah, untuk sara hidup sendiri lepas lah.

Aku memang tak ada duit simpanan... cuma secara kebetulan aku ada duit untuk bayar roadtax keta bulan 8 nanti... oleh kerana dia janji nak bayar bulan depan aku bersetuju nak beri dia guna dulu... kalau dia nak bayar sikit-sikit atau lewat memang aku tak boleh beri.

Lepas telefon diletak... aku mula teringat zaman sekolah... aku nie tak berapa pandai... dah tu pemalas... tapi satu perkara yang aku nak pembaca tahu... aku suka datang sekolah... sebab ada kawan... kerja sekolah memanjang tiru kawan... bagi aku janji siap... dah tu tak kena marah dengan cikgu... aku tak kisah betul ke... salah ke...

Salah sorang kawan yang selalu menjadi mangsa aku dia lah... dia takut dengan aku... aku nie brutal sikit... tak bagi lah aku pinjam... masak aku kerja kan... pepagi lagi dia dah sampai... aku pun datang awal gak... sebab nak meniru... lambatkan tak sempat siap... dia memang budak yang rajin... kerja sekolah memang sentiasa siap. Mungkin bukan rezeki dia... aku pun dah lupa SPM dia dapat berapa.

Lepas tamat sekolah... lama aku tak dengar cerita mengenai dia... last sekali aku dapat tahu dia kerja kilang sebagai operator pengeluaran di Selatan Tanah Air.

Bila dia minta tolong aku... rasa bangganya, sebab berpeluang tolong kawan yang pernah tolong aku masa belajar dulu... kejayaan aku hari nie, mungkin juga sebab dia yang rajin beri aku tiru kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Selalunya aku tiru dia, subjek Bahasa Melayu... masa sekolah menengah aku membaca pun tak berapa lancar... kalau B. Inggeris aku tiru kawan sorang nie... sekarang dia pun cikgu gak. Aku nie kerja meniru je... tapi Matematik, aku tak tiru.. he he he.

Walaupun kau malu nak minta tolong dengan aku... tapi aku bangga dapat tolong kau. Sebenarnya kau lebih awal tolong aku... sebelum aku berada di tahap sekarang. Dah tiba masanya aku pulak tolong ko.

Insya Allah kalau aku terlajak ke Selatan nanti aku singgah umah ko. Ko kawan aku... sampai bila-bila pun ko tetap kawan aku.

Aku doakan semoga suami ko cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa.

Sakit kena cari ubat...
Ada masalah kena cari jalan penyelesaian...

1 ulasan:

Pengejar Pencipta said...

Alhamdulillah...
sy terharu baca coretan ini...
setiap pertolongan yg kita mampu berikan pd seseorg adalah dgn keizinan dari Allah..
(Tumpang lalu...)