Friday, July 15, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU ANIS

Pada hari Ahad, 10 Julai yang lepas... member aku selamat bergelar isteri kepada Anuar. Majlis pada hari tu memang meriah... dan berjalan dengan lancar. Ramai jemputan puji, masakan memang yang terbaik... bayangkan rata-rata tetamu menambah tu. Aku pun he he he he.

Sempat juga, aku bergambar dengan pengantin... sekarang lambat lah dapat update blog... sebab kena tunggu gambar ehsan daripada kekawan... tak ada gambar tak syok pulak... asyik tengok tulisan je. Semua tu kawan sekelas aku unit MT2 Raja Melewar... dari kiri Ilot, aku dan k.ila bersama anaknya.

Dulu aku ada kawan yang bujang ke hulu ke hilir.... sekarang tinggal aku je nie... sedih dah tak ada gengs... baru lah terasa nak kawin... baru lah terasa nak cari teman. Tapi kawan aku selalu pesan, dalam pencarian jangan terlalu gopoh gapah... takut tersalah pilih. Betul jugak...

Ada rezeki, ada jodoh tak ke mana kan... Insya Allah ada tu... cuma lambat atau cepat je.

Kepada Anis dan pasangannya, selamat pengantin baru semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke hujung nyawa.

2 ulasan:

~Insan Biasa~ said...

terima kasih idah untuk segala masa yang pernah kau luangkan untuk aku.
tapi terasa x syok juga dalam kegembiraan aku, hati kau sebenarnya gundah gulana. hopefuly ko banyak2 sabar k....

eeeda said...

Serius aku cakap lah... dalam keadaan sekarang... kalau kenduri umah orang lain confirm aku tak datang... sebab memang tak happy... dalam kepala banyak dok fikir macam2.