Tuesday, August 16, 2011

BULAN NIE MEMANG BULAN LAJU DUIT KELUAR

Bagi aku, bulan nie yang paling tenat. Banyak perkara yang melibatkan duit bulan nie. Pertamanya, roadtax keta. Nasib baik lah tahun nie dah makin rendah bayar insuran... ting tong..ting tong pun dekat jugak RM400. Roadtax tamat tempoh pada 15 Ogos... nasib baik ada kawan yang memang buat insuran... so senang keja aku... tak payah nak pe kedai. Buat je dengan dia... 2 hari je dah siap.

Kedua cukai pintu untuk penggal kedua... semuanya nak kena bayar sebelum berakhir pada 31 Ogos nie... Rumah di Johor, aku tak perlu nak fikir... semua ayah yang uruskan... (ayah angkat). Untung jugak ada ayah angkat nie. So umah yang kat Johor memang aku tak ambil tahu sangat. Tahu duit sewa masuk je... he he he. Di Lestari perdana aku dah bayar... tinggal yang di Pristana... ingat dalam minggu nie... tak pun minggu depan kena jelaskan... kalau tak denda RM20... banyak tu... makan MC donal dah dapat 2 kali. Berkira tu... Ada benda kita perlu berkira dan berjimat.

Bulan 8 nie jugak lah.. lesen kereta, tamat tempoh... selalu aku buat 3 tahun.... tahun lepas buat setahun je... nie kena perbaharui sebelum raya... takut jugak apa-apa hal time raya nanti susah aku jugak kan.

Tahun nie, tambah lagi satu nak raya. Memang lah tak perlu fikir, sebab sorang je... kalau bab shopping... just untuk diri sendiri... Tapi ada jugak benda yang perlu dalam bajet :
  • DuitRaya (anak buah dah bertambah)
  • Minyak dan tol (termasuk untuk meronda-ronda umah sanak saudara dan rakan taulan)
  • Shopping ( dah selesai... beli yang patut je )
  • Beli kuih raya dan lauk pauk untuk pagi raya ( nie kena masuk dalam bajet... dah jadi rutin setiap tahun )
Apa pun, nasib baik jugak dapat bonus.... boleh lah menampung apa yang tak cukup. Semoga hari raya tahun nie meriah... kena lupakan seketika kesedihan... hari raya adalah raya kemenangan setelah sebulan berpuasa. Kita kena meraikannya.

Keluar je banyak bulan nie... tapi sebab kita dah tahu benda yang perlu dibayar... awal-awal kena lah menyimpan. Kita kena bantu diri sendiri... supaya tak tertekan dengan bebanan yang perlu ditanggung.

Hidup tenang tanpa bebanan kewangan yang melampau.

2 ulasan:

norinaomar said...

saya sebelum beli kereta memang elakkan beli kereta waktu raya atau awal tahun sebab time tu lah nak pakai duit.tapi kita tak tahu kan sebab kalau bulan raya tu dia beranjak (tak fixed)
tahun ni saya cut cost banyak benda.Duit raya pun kurang 50% daripada tahun sebelumnya.Nak kahwin kena jimat selagi boleh.

eeeda said...

Betul tu...segalanya kena berjimat kan.. nak kahwin lagi pakai duit banyak.