Saturday, September 10, 2011

AKTIVITI PENUH BULAN NIE.

Aku rasa bulan nie tak berapa nak boleh bernafas... penuh aktiviti di hujung minggu... Aku minta maaf bebanyak kepada my friend yang menyatakan hasrat nak turun melepak kat umah aku... aktiviti bulan nie penuh. Aktiviti nie sebenarnya dah lama rancang. Aku kalau tak ada program... on je.

Bermula minggu nie... dengan kelas tambahan hari Sabtu... dengan extra kelas lah... macam-macam kelas lah... pendek kata Hari Sabtu dan Ahad aku memang penuh... hari Ahad esok ada kelas sampai malam... ajar anak kawan aku kat umahnya... tu kira last revision.

Hari Selasa 13 Sept nie ada temujanji dengan seseorang... belum sempat lagi aku nak buat persiapan... kalau kita nak pergi berperang perlu bersiap sedia dengan segala macam kelengkapan perang... sama jugak dengan yang nie... nak jumpa seseorang yang kita belum kenal... pastinya perlu buat persediaan yang rapi. Pendek kata jangan pe tangan kosong... perlu buat research dulu.. cari maklumat apa yang patut... buat andaian dan kemungkinan-kemungkinan serta sedia jawapan yang boleh diterima oleh akal.

Minggu depan 16 Sept -18 Sept, cuti-cuti Malaysia di Terengganu... segala tempahan... penginapan dan pengangkutan... dah selesai. Aktivti di sana sekejap je rancang... ikut jadual sendiri kan... apa nak kisah. Tinggal packing barang je... apa je pun yang nak dibawa... perkara aku kira penting kena bawa adalah gps he he he... takut sesat barat kat sana nanti... siapa nak tolong aku jadi peta bergerak... tahun 2009 pe, ada juru pandu... tahun nie nak kena redah sendiri... tambah pulak dengan kanak-kanak riang... lagi mati kutu aku...

Insya Allah aku akan luangkan masa untuk melawat keluarga arwah Cikgu Nuar... memang sengaja aku sewa semalam penginapan kat tempat menjadi kenangan kami ke sana. Semalam tidur di Marang.... dan semalam lagi tidur di Mengabang Talipot.

Petang balik dari Terengganu tu... nak kena jemput sepupu di tol Gombak... sebab esoknya 19 Sept nak daftar masuk kolej di Damansara Perdana. Nasib baik tak jauh dari umah aku.

Minggu tu jugak 21- 23 Sept aku kena pe kursus di BTP Shah Alam... jadualnya sampai pukul 10.00 malam... alamaknya kena bermalam di sana lah... nak balik bukan tak boleh... tapi penat tu... sat lagi tak jaga pulak.

Hari Sabtu 24 Sept ada LADAP di sekolah... lepas tu, kena pe umah member ada buat jamuan sikit... Ingat kalau sempat petang tu nak kuar dengan seseorang... sebab dah tak ada kelapangan bulan nie. Kalau tak pun hari Ahad je lah kuar dengan dia... nanti berkejar-kejar... penat je.

Hari Jumaat 30 Sept - 2 Okt tu pulak, nak terbang ke Kota Kinabalu... teruja aku nak ke sana... nie kali pertama aku sampai ke Sabah... tu yang tak sabar nak terbang.

Dalam kekalutan dengan macam-macam hal... lupa pulak nak tanya member nie... dah booking ke belum tempat untuk aku... trip ke Hat Yai cuti Deepavali nie... kalau budget lebih boleh pe Korea... my boss pelawa jugak ari tu... tapi belum berkemampuan lagi... budget besar bangat... apa pun kena plan awal-awal senang...

Trip yang dah confirm pada 23 Okt dan 24 Okt nie ke Melaka. Tapi yang nie rombongan sekolah... bawa anak murid bermalam di sana. Sambutannya sangat menggalakkan. Terbaik betul, cikgu yang buat promosi tu.

Jalan-jalan makan angin...
Ada wang ke mana sahaja teringin...

Jalan-jalan cari pengalaman...
Jadikan kenangan sepanjang zaman...

2 ulasan:

Guru Media dan Perpustakaan said...

dh smp mlaka tu jgn lupa call akak ye. nk jmp kwn2 n ank2 mrd.. :-)

eeeda said...

Boleh.. nanti sy call akak.... he he he he..