Tuesday, September 20, 2011

PERCUTIAN KE TERENGGANU PART 3

Muzium Terengganu nie banyak yang menariknya... kalau mereka yang ingin mengambil peluang untuk lebih mendalami apa yang tersimpan di sini... perlu spend setengah hari.... aku cuma lalu dan bergambar di tempat-tempat yang aku kira menarik... tak sempat pun nak baca setiap apa yang dipamerkan.

Kawasan yang menempatkan pelbagai jenis perahu pun dah cukup luas... ada pelbagai jenis perahu yang digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menghubungkan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Ini pun aku pilih-pilih je untuk bergambar... kalau ikutkan anak buah aku... semua dia nak bergambar.

Setiap jenis perahu di tempatkan di bawah satu bumbung khas... bayangkan ada berapa banyak tempat seumpama nie... kawasan di sini tak lah panas... sebab memang banyak pokok-pokok yang dah besar... tapi sunyi lah sikit. Tapi jangan risau ada pengawal. Keselamatan memang terjamin.

Perahu yang nie aku paling suka... sebab cantik. Siap berbumbung lagi.

Tempat nie, kami hanya sekadar bergambar di luar je... aku tak masuk pun di dalam... apa yang ada di dalam... kalau nak tahu kena datang lagi lain kali. Apa yang dipamerkan di dalam bangunan nie pun aku tak tahu... mungkin yang berbentuk artifak yang bersaiz kecil... aku tak sempat nak tengok... kat sini pun, kena ambil masa kalau nak baca satu-satu.

Sebenarnya aku suka nak baca semua tu... tapi kali nie berkejar-kejar... kononnya nak pergi banyak tempat yang menarik di ganu nie... he he he he...

0 ulasan: