Saturday, September 24, 2011

SETAHUN HANYA SEKALI

Biasalah aku suka buat kerja giler-giler... macam tak tahu erti penat. Pepagi buta semalam 24 Sept aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Ikutkan ada 2 slot perkembangan staff. Slot pertama 1 murid 1 sukan yang telah disampaikan oleh cikgu Apis... lepas tu cikgu-cikgu dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk aktiviti praktikal. Terdapat 6 jenis sukan yang akan diberi pendedahkan kepada guru-guru. Sukan bola sepak, bola jaring, badminton, olahraga, bola baling dan hoki.

Aku join group cikgu tahun 6... memang gengs yang giler-giler... bukan setakat buat latihan... tapi siap main sungguh-sungguh lagi. Memang seronok lah. Aku ingat nak cadangkan kepada KPM, hari Sabtu bukan aktiviti ko-ko untuk murid je... tapi satu hari khas untuk guru-guru... tanpa melibatkan murid. So guru-guru nie dapat bersukan untuk mengurangkan stress. Memang lenjun lah dengan peluh.

Pukul 10.30 a.m, slot kedua pengucapan bertatasulisa yang telah disampaikan oleh cikgu mohd nor yunus. Perkongsian ilmu yang sangat bagus dan diharap dapat diaplikasikan dengan sebaik yang mungkin.

Selesai je perkembangan staff aku tumpang umah kawan untuk bersihkan diri... lepas tu nak bersiap-siap sebab ada open house di Matang Jaya. Sebelum tu sempat lagi jemput mamat Labuan yang dah sejam tunggu kat stesen komuter. Orang nie kalau sayang, tak kisah tunggu lama pun... cuba tak, mahu dah mengamuk kan... sayang seorang kawan terhadap kawannya... jangan salah faham ok. Kawan lama masa belajar dulu lagi... kebetulan dia berkursus di sini... so apa lah salahnya, ajak dia jalan-jalan... masa aku ke Labuan pun dia banyak jugak membantu... itu sebenarnya guna ramainya kawan... bukan untuk jadi lawan.

Lepas open house di Matang Jaya, aku bergerak ke Kajang... sebab kawan kepada kawan aku nie ada buat open house... aku bukan biasa sangat dengan kawasan Kajang nie... so jenuh jugak lah berpusing-pusing cari rumah membernya tu... Nasib baik jumpa... kira kerja aku sehari tu makan je lah... membernya buat sampai malam... makanan memang banyak. Macam-macam, antara larat dengan tak je nak makan.

Oleh kerana hari tu je aku ada kelapangan... so aku ambil kesempatan untuk lajak beraya ke Seremban... dalam perjalanan sempat lagi aku call kawan aku si suraya nie... dia pulak maklumkan yang dia berada di Melaka ikut anaknya pergi lawatan... tapi dia suruh aku datang jugak... sebab lewat petang dia dah boleh sampai. Alang-alang dah dipertengahan jalan... aku terus jugak lah ke Seremban.

Dalam masa yang sama sempat lagi aku call member baik aku masa kat kampung... dia memang tinggal di Senawang... rezeki aku... dia ada di rumah dan kebetulan sedang bercuti untuk menyiapkan tesis masternya... kali kedua aku ke rumahnya... kali pertama tak masuk pun... just tengok kawasan sebab dah lewat malam. Senah nie kawan rapat aku masa di sekolah rendah lagi... sampai sekarang. Cuma, waktu kami dah agak terhad. Masing-masing sibuk dengan rutin harian. Bila ada peluang tu, rasa sayang nak lepaskan. Tahun depan belum tentu lagi berkesempatan.

Lepas solat Maghrib kawan aku suraya, dah call... tanya jadi tak nak datang. Dah bergegas pulak aku ke Taman Sri Pulai 3... sesat barat kat situ lah pulak... maklum lah setahun sekali datang. Pusing punya pusing... nasib baik jumpa. Member nie, aku belum panas punggung sibuk ajak pe tengok wayang... katanya nak belanja aku menonton. Penatnya tak usah cerita lah. Kami bergerak lah ke Terminal 2 Seremban... tak ada rezeki... tiket dah habis. Biasa lah malam minggu.

Sudahnya kami pe makan... aku teringin nak makan mihun sup... gerak ke tempat makan di belakang Jusco Seremban 2... tutup lah pulak... mungkin orang sibuk dengan open house kot. Last sekali kami pe makan di Ampangan... aku memang suka tempat nie... mengingatkan aku zaman belajar dulu... time dapat elaun je... mesti makan besar kat situ.

Tak sangka pulak kat situ... member aku nie boleh terjumpa bekas boss dia... biasalah, bila orang tanya dia... siapa aku... mula lah mengaku orang rumahnya... dalam hati, aku nie kawan dia je pun... suka hati lah... aku senyum je. Kat situ pun tak ada mihun sup... tak ada rezeki.

Pukul 11 lebih kami gerak balik... aku hantar dulu mamat nie di Kem TUDM Kinrara... lepas tu aku gerak balik ke Seri Pristana... mengantuknya tak usah cerita lah... penat badan bermain sukan dan memandu jauh... kawan aku tu bukan tak ada lesen... tapi dia tak biasa drive menual. Aku biasalah... tak yakin orang drive. Selagi aku mampu... aku akan drive.

Besoknya nasib baik ada orang kejutkan solat Subuh... begitu lah rutin hariannya... akan kejutkan aku Solat Subuh... lepas tu aku sambung lagi tidur he he he... bukan apa hari Ahad tu memang ada nak pe beraya umah kawan aku di Klang. Lewat petang baru aku gerak ke Klang.

Pukul 9.00 malam aku drive ke Sungai Buloh... member minta temankan dia hantar suaminya di Stesen Bas Jalan Duta... suaminya akan naik bas pada pukul 11.30 malam, so masih ada masa... tak perlulah nak terkejar-kejar. Boleh lah memandu dengan tenang. Last sekali aku dah tak larat nak memandu balik ke rumah... kepenatan. Nasib baik lah, rumahnya dah macam rumahku... so tak kisah lah... baju ke apa ke... memang dah ada standby kat rumahnya.

Buat kerja giler... setahun sekali je kan. Kalau selalu mahu bengkok aku.

0 ulasan: