Friday, October 7, 2011

MAK DEN SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI

Copy from blogger Mus

Alhamdulillah, rezeki mak aku dapat mengerjakan ibadah haji tahun nie... bersemangat mak aku untuk ke sana walaupun terpaksa pergi seorang diri tanpa ditemani oleh ayah aku. Kalau kali pertama mungkin terasa jugak... tapi ini dah kali kedua dia ke sana lain sikit.

Aku sempat lah jumpa dia di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya... dari Jerantut dia naik bas yang disediakan oleh syarikat CS Holidays... dan sampai di Kelana Jaya dalam pukul 10.00 p.m lebih. So satu group hantar di Jerantut dan aku dengan kakak aku kat sini hantar sehingga ke dewan check in.

Mak aku check in pukul 1.50 pagi, (6 Okt 2011)... malam tu ada 2 penerbangan... KT20 yang berlepas pukul 10 malam dah KT21... dan dijangkan KT21 akan balik pada 21 November 2011 dan tiba di KLIA pada pukul 1.30 pagi.

Kat sana memang ramai kaum keluarga masing- masing... lepas KT20 berlepas baru lah keadaan terkawal sikit... aku sempat lah call si dia yang berada di kejauhan tu... nak beri peluang dia bercakap dengan mak aku... kesian jugak setiap masa dia dok teringatkan mak aku kat kampung... nasib baik dapat juga bercakap... sekejap je pun... suasana bising... biasalah orang tua... mana nak dengar kalau cakap perlahan-lahan.

Mak aku berkali-kali minta aku doakan dia selamat di sana dan beroleh kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah haji...
"mek nie, sepatutnya kita yang mintak mek doakan di sana semoga kita cepat dipertemukan jodoh" sambil melawak...
"aku doakan untuk semua"

Mek aku memang tak reti guna phone... so kami tak adalah nak bekalkan telefon kat dia... menyesal pulak tak ajar dia guna telefon. Kalau kat umah telefon ayah aku berbunyi..tak adanya dia nak angkat... kecuali lah yang dah berangkat... dia just cakap je boleh lah.

0 ulasan: