Thursday, November 3, 2011

AKTIVITI MINGGU NIE

Minggu nie, tak sempat bernafas... Selasa hingga Khamis berada di Tapak Perkhemahan Kuala Kubu... hantar murid menyertai perkhemahan unit beruniform peringkat Daerah. Seronok jugak, mungkin tahun nie aku belum berkesempatan untuk menyertai mana-mana perkhemahan.

Hilang lah jugak stress bekerja kan... kat sana layan aktiviti yang dijalankan dan makan-makan je... rugi siapa yang tak nak pergi... dah tu, makanannya memang sedap... tak rasa macam camping...yang untungnya aku lah.

Esok petang, aku akan terbang ke Kuching bersama dengan kawan KDP/2004 di Penang... berdua je... Insya Allah kawan aku Kapten Zila akan jemput di lapangan terbang... ingat nak check in kat hotel je... malas menyusahkan dia... sebab hari Sabtu dia ada program... kebetulan kawan maktab nak bagi pinjam keretanya... so selesai satu masalah.

Insya Allah, beraya haji di Bandaraya Kuching aku tahun nie... sempat lah merasa beraya di sana... kawan maktab aku tu seronok sangat dapat tahu aku nak datang... beriya offer aku tidur di rumahnya... aku malas nak menyusahkan dia sekeluarga... lagi pun segan lah dengan isterinya. Aku ingat dah banyak kali dia dok tanya bila aku nak terbang ke sana... akhirnya sampai jugak aku... last sekali aku sampai di Bandar Kuching pada tahun 1997.... masa zaman kegawatan ekonomi.

Untung jugak ada ramai kawan kan... kawan TUDM pun offer tidur di rumahnya... tu lah tidur di kem nie susah sikit nak keluar masuk... senang keluar masuk... tentunya tidur di hotel je lah.

Balik dari Kuching nanti... ingat nak lari balik kampung sekejap... dah agak lama tak balik... last balik raya puasa ari tu. Nasib balik lah sekolah aku cuti sehingga hari Selasa.

0 ulasan: