Saturday, November 19, 2011

SANTAI DI HUJUNG MINGGU

Hujung minggu adalah hari yang dinanti-nantikan... begitu juga dengan aku... tambah pulak ari nie dah start cuti sekolah. So boleh habiskan masa di hujung minggu dengan aktiviti santai di rumah.

Apa istimewanya di hujung minggu...
Pertama, boleh bangun lewat sikit daripada kebiasaan... tak pun bangun seperti biasa dan kemudian boleh sambung semula. Boleh lah berehat lebih sikit.

Kedua, boleh mengemas rumah apa yang patut... time nie lah nak lipat kain.. time nie lah nak mendobi baju... time nie lah nak mengemop lantai...

Ketiga, di hujung minggu banyak rancangan yang best... so pukul 12 kena pastikan semuanya selesai... sebab lepas tu nak mengadap tv lah pulak. Rancangan yang paling aku suka.. Melodi dan Nona... lepas tu baru boleh keluar makan.

Keempat, kalau dah kepenatan di awal pagi... so petang boleh lah layan mata. Aku nie kalau tak ada aktiviti... memang kuat tidur.

Selalunya sebelah malam... kalau tak ada rancangan yang best... aku akan menghabiskan masa berjam-jam di depan laptop kesayangan... masa nie lah nak cari tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjungi... time nie lah nak cari maklumat yang berfaedah untuk santapan minda.

0 ulasan: