Sunday, December 11, 2011

2 HARI 1 MALAM DI PD PERDANA CONDO RESORT

Copy from abg google.

Pada Hari Jumaat 9 Dis, kawan aku datang bercuti di Singapore call nak singgah di rumah dalam 2-3 hari. Ok lah kebetulan aku dah cancel program dengan kawan aku yang sepatutnya konvo OUM pada hari Sabtu. Pada mulanya aku nak join dia... so boleh lah aku melaran baju jubahnya... last minute saudara aku nak datang pulak time tu... tapi akhir sekali mereka ikut kakak aku pulak.

Jumaat malam tu... aku jemput mereka di Stesen KTM Sungai Buloh... kawan aku nie 2 beranak je pun... Dari SIngapore mereka naik keretapi ke KL Central dan tukar naik komuter ke Sungai Buloh. Kan mudah... tak ada lah jem nak ke KL Central tu... sebab hari bekerja... kalau hari cuti tak ada masalah aku boleh je jemput kat sana.

Aku dengan member nie berlainan bidang... so kalau bersembang memang banyak lah ceritanya... aku memang suka dengar dia bercerita... sebab dia banyak pengalaman...
dah merata dunia dia berjalan...
gunung mana dia tak pernah daki...
Kalau bercerita pengalaman dia terjun je dah sehari...
tu belum lagi bercerita pengalaman bertugas dengan Misi PBB.

Malam tu aku ingat mesti dia kepenatan... ya lah aktiviti di Singapore sangat padat... bermula seawal pagi hingga ke pagi... memang solid betul percutiannya... tapi dia bersemangat... bayangkan kami boleh bersembangan sampai pukul 4 pagi.

Esoknya program kami ke Port Dickson... aku kalau tak ada hal boleh je... lagi pun bukan jauh. Minyak, tol dan makan semua dia yang tanggung. Penginapan??? member aku nie memang ada rumah persinggahan di sana. Condo tu dia akan singgah time dia ada meeting di KL ... tak pun time dia turun ke KL banyak hari.

Aktiviti kami di PD just santai... makan-makan dan sembang-sembang je... kebetulan member kepada kawan aku nie pun memang ada rumah persinggahan dia kat sana... kebetulan dia pun santai kat situ... kami join sama-sama pusing pekan PD.

Kebetulan sekarang sibuk dok hangat gaji gomen naik... so bersembang pasal gaji je lah... bayangkan gaji dia 2 kali ganda gaji aku... dia dah tak tahu nak buat apa... sekarang nie naik lagi... Aku bayar Zakat sebulan RM50 je... dia bayar Zakat setahun RM4k...

Tapi aku suka kawan aku nie tak berlagak... walaupun gaji banyak... orangnya sangat sempoi...

Nie sibuk dia dok ajak aku bercuti ke oversea... aku spontan jawab...
"jom kita ge ke Medan"
Dia gelak kat aku....

"Ida, keluar lah sikit ke negara lain... asyik-asyik ke Indonesia je"
Masalahnya... ke situ je pun aku mampu... ke luar kan belanjanya makin besar...

Habis pasport aku cop imigresen Indonesia je...

Semalam pukul 7.30 petang... dia dah terbang ke Kuching. Hari nie dah mula kerja. Aku boleh rehat lagi... masih banyak hari lagi nie. Kalau duit berkepok.. aku dah pusing semenanjung.

0 ulasan: