Saturday, December 31, 2011

BELAJAR MEMANDU KERETA

Rakan sekerja aku sibuk nak belajar memandu... dulu dia pernah belajar dengan aku.... masa dia baru-baru dapat lesen kereta... masa tu pakai kereta kancil aku... masalahnya dia tak dapat nak balance antara clutch dengan minyak... tu kereta asyik mati je. Biasalah lah, kalau angkat clutch tinggi... tapi minyak belum lagi tekan... alamaknya mati lah engine.

Sampai menanggis-menanggis lah aku ajar... lama-lama dia boring... sudahnya tak bawa kereta. Lepas dia kawin... suaminya beli kereta auto... aku cakap auto senang nak belajar... control stering je... lagi satu tak ada masalah kereta mati engine... tak ada masalah kereta mengundur... terutamanya masa naik bukit.

Biasalah, kereta baru... semua orang sayang... mana nak bagi bini belajar masa kereta baru... takut langgar tu dan ini... dah masuk 3 tahun kereta tu... baru lah lakinya beri dia belajar.

Hari pertama:
Aku ajar dalam taman di Matang Pagar... kebetulan kat situ ada 2 lorong yang lebar sikit... mula tu dia nak guna 2 kaki... ada jugak kena leput nie... dulu sepatutnya kena guna 2 kaki... tak pandai nak guna... sekarang kena guna satu kaki je... nak guna 2 kaki pulak. So hari tu, dia berjaya juga akhirnya guna satu kaki. Aku tengok dia seronok sangat.

"Akak, sue nie tak pandai nak tengok cermin"
"Tak pe, hang control stering je ari nie... biar akak tolong tengok cermin kiri kanan dan belakang"

Ada lah kot kami belajar pusing-pusing dalam satu jam.

Hari Kedua:
Mula tu aku suruh dia pusing beberapa kali di dalam Taman Di Matang Jaya... lepas tu aku bawa dia keluar ke jalan menghala ke rumahnya di Kundang Jaya... jalan tu memang mencabar sikit.... bengkang bengkok. Tapi aku tengok dia yakin je drive... boleh bersembang lagi... kalau dulu masa kereta menual... siap suruh aku senyap tu... jangan cakap apa-apa.

Lagi pun jalan tu lah nanti dia akan guna untuk ke sekolah... so kena biasakan jalan tu. Hari pertama dia drive 20 km/j... hari kedua dah ada peningkatan... dia dah boleh drive 40-60 km/j. Satu ada perkembangan yang baik.

Semalam aku ajar dia drive di highway... kami naik di Merbau Sempak... sampai Shah Alam dan pusing semula... dan keluar di Tol Hospital Sungai Buloh.... jauh tu. Cuma di tol je dia tak dapat nak agak jarak... jauh je dia berhenti. Memandu di highway dah ok... boleh agak lorong dengan baik... maksudnya memandu tak masuk lorong orang. Ada lah beberapa kali dia belajar memotong kereta yang drive perlahan. Ada tu aku tak perasan dia dah drive sampai 100 km/j.

Aku ingat belajar 2-3 kali lagi ... boleh drive dah tu... tapi nak kena ada orang yang pandai jugak lah baru-baru nie... bagi dia pengalaman dulu... dia kata nak belajar biar pandai drive:
  • Rumah ke Klinik Kesihatan... senang nak bawa anak buat check out.
  • Rumah ke PKG Kuang... senang nak ge mesyuarat.
  • Rumah baru nanti ke Sekolah... coming soon.
Tu aku selalu dok gelak... aku nie garang... kalau ajar, salah je mesti kena marah... tapi dia nak jugak belajar dengan aku. Aku ajar adik aku memandu pun sampai menanggis-nanggis kena marah... tapi akhirnya pandai gak... so sebelum masuk sekolah memandu... dia dah pandai lah sikit-sikit... sebab aku dah ajar.

1 ulasan:

ak yuyunz said...

as salam,

saya yun, reader baru your blog. i found it interesting expecially bila baca bab you went for a vacation :)

anyway, i nak get some info from you about labuan. maybe you boleh bagi contact number utk kereta sewa di sana coz im going there this february.

hope you can help. much appreciated. :)

ak.yuyunz@gmail.com