Tuesday, December 27, 2011

OPSYEN UMUR PERSARAAN PAKSA

Semua kakitangan kerajaan perlu menandatangani borang Opsyen Umur Persaraan Paksa... aku pun tak pasti bila tarikh tutupnya... tapi kepada kekawan yang masih belum membuat keputusan tu... masih ada masa lagi... fikir jangan tak fikir.

Satu lagi aku nak ingatkan jangan ikut kawan...
yang nak kerja kita...
yang kena buat kerja, kita...
bukan kawan kita pun tolong buat.

Jadi, kita buatlah keputusan sendiri untuk masa depan...

(Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011)
Terdapat 3 pilihan... so renung-renungkan lah yang mana nak pilih... aku, tak ada nak fikir... dari dulu lagi aku tandatangan 56 tahun... so kalau masih diberi pilihan... tentunya aku akan pilih 56 tahun. Kecuali lah semua orang wajib kerja sampai 60 tahun... so terpaksa... dah tak ada pilihan.

Hari nie aku dah selesai tandatangan Opsyen Umur Persaraan Paksa 56 tahun dan skim gaji baru SPBA.

  • (Pilihan ini hanyalah bagi pegawai yang telah memilih bersara paksa apabila mencapai umur 55 tahun di bawah P.P.6/2008)
  • (Pilihan ini hanyalah bagi pegawai yang telah memilih bersara paksa apabila mencapai umur 56 tahun di bawah P.P.6/2008)
  • (Pilihan ini hanyalah bagi pegawai yang telah memilih bersara paksa apabila mencapai umur 58 tahun di bawah P.P.6/2008 atau yang telah dilantik pertama kalinya pada atau selepas 1 Julai 2008)
Tiga pilihan tu bermaksud... jika sebelum nie kita tandatangan umur persaraan 58 tahun... kita hanya diberi pilihan sama ada memilih persaraan umur 58 tahun ataupun persaraan umur 60 tahun... Tak boleh nak pilih persaraan umur 56 tahun atau umur 55 tahun. Semua nie ada terkandung dalam Lampiran F.

0 ulasan: