Saturday, September 8, 2012

KENAIKKAN PANGKAT JUGA REZEKI


Dua hari lepas aku dapat panggilan dari seberang laut... ketika itu aku dah pun terlelap, kepenatan agaknya seharian dari pagi bawa ke petang... ada extra kelas untuk anak didik yang akan menduduki peperiksaan. Berdering phone aku... mata dah penat. Ikutkan hati malas nak angkat. Dalam kepala nie fikir nak tidur je. Tapi bila tengok orang jauh yang call... kesian jugak.

Rupanya kawan aku nie call nak kongsikan berita gembira. Bulan depan dia akan mula pakai pangkat Flight Sarjan. Dia beritahu, aku orang pertama yang tahu tentang berita nie... dalam hati, apa lah istimewanya aku. Sepatutnya berita gembira nie perlu dikongsi dengan orang yang tersayang... terutamanya isteri dan anak-anak... bukan aku. Aku kawan kamu je pun. Tak lebih daripada itu. Kawan dulu kini dan selamanya.

Apa pun tahniah kepada kawan aku... rezeki untuk keluarga. Berbaki pun dah tak banyak tahun nak pencen. Harap ada lagi peluang lepas nie hingga ke pangkat yang terakhir iaitu Pegawai Waran I. Insya Allah kalau dah rezeki tak ke mana.

Dalam TUDM untuk lain-lain pangkat bermula dengan : 

Rekrut - Laskar Udara 2 - Laskar U 1 - Laskar Kanan (U) - Kopral (U) - Sarjan (U) - Flight Sarjan - Pegawai Waran 2 dan pangkat terakhir Pegawai Waran 1.

0 ulasan: