Tuesday, September 11, 2012

PERMOHONAN KE LUAR NEGARA

Alhamdulillah, minggu lepas aku dah selesai submit borang permohonan keluar negara. Hantar awal bukan apa, sekiranya ada masalah... masih ada masa untuk betulkan. Ingat dah selalu isi tak ada masalah... rupanya ada jugak... aku terlupa nak sertakan Lampiran A.

Insya Allah jika diizinkan aku aku akan pergi bercuti ke Vietnam pada 21 Nov hingga 24 Nov 2012 dan ke Bukit Tinggi, Indonesia pada 04 Dis hingga 07 Dis 2012. 

 
Bercuti ke Vietnam


 
Bercuti ke Padang, Indonesia
Bila dengar nak bercuti, seronok. Tapi banyak juga perkara sampingan yang perlu difikirkan. Terutamanya sebelum dan semasa.

Sebelum bercuti:
  • Booking tiket penerbangan ( rancang percutian... lebih baik masa cuti sekolah)
  • Isi borang permohonan ke luar negara ( kat pejabat sekolah memang ada )
  • Kena buat tempahan penginapan awal, paling tidak pun kena tahu hotel mana kita akan menginap (sekiranya tidak menggunakan agensi pelancongan )
  • Kena buat lah sedikit rujukan tentang tempat yang ingin dikunjungi ( tanya kawan yang pernah ke sana, tak pun google je... baca pengalaman mereka yang pernah ke tempat berkenaan )Supaya di sana nanti tidak terpingga-pingga.
Semasa bercuti :
  •  Keselamatan diri dan barangan peribadi.
Entry sebelum nie aku ada menulis berkaitan dengan persiapan sebelum terbang. Harap perjalanan percutian aku kali ini berjalan dengan lancar.

Jalan-jalan makan angin...  
Ada wang, ke mana saja teringin...

 

0 ulasan: