Sunday, December 9, 2012

PERCUTIAN KE SAIGON, VIETNAM


Pada dasarnya, percutian ini telah dirancang lebih awal. Sepatutnya kami akan ke sana seramai 4 orang. Di saat-saat akhir masing-masing beri alasan tak jadi pergi. Sorang nie, tak jadi pergi sebab ada hal peribadi... sorang nie, tak jadi pergi sebab baru kerja di tempat baru... so susah nak cuti... keduanya dia sibuk nak buat persiapan untuk majlis pernikahannya pada hujung tahun nie. Sorang lagi, terikat dengan jadual pengawasan peperiksaan SPM. Tinggal aku sorang je yang tak ada masalah... dalam hati tak kan aku nak ge sorang je... tak berani aku... tambah pulak tempat yang tak pernah aku ge.

So, bila dah tak jadi... ok lah aku pun malas nak fikir. Burn je lah tiket tu... nak buat macam mana kan. 3 hari sebelum tarikh penerbangan aku pun belajar lah buat web check in... first time nak buat... takut-takut jugak... selalunya aku booking tiket je... bagasi aku akan booking kemudian... so dah tak jadi, aku pun tak ada lah nak booking bagasi. Selamat aku buat web check in.... senang je rupanya. Lepas tu aku simpan tiket... dalam hati buat kenangan-kenangan... nak pergi tak kesampaian.

Malam sebelum tarikh penerbangan... ada sorang member aku nie online...sembang punya sembang... rupanya dia nak ge... ada sorang kawan dia nak temankan... kebetulan kawannya pernah ke sana. So aku pun ambil keputusan ikut sekali... kebetulan penerbangan kami lewat petang... so aku masih ada masa untuk buat persiapan apa yang patut.

Esoknya, Rabu 21 November 2012 aku perlu ke sekolah kerana ada meeting post mortem UPSR... lepas tu aku pergi tukar duit... tak banyak pun aku tukar... sebab tak sempat nak keluarkan duit... pakai duit mana yang ada je.

  • USD200 - untuk bayar hotel.
  • 2 Juta Dong - untuk belanja makan.
  • RM700 - untuk beli buah tangan... kat pasar memang diterima pembelian dalam RM...
Sikit je aku tukar... niat memang nak kenal tempat orang... bukan untuk shopping pun... tapi kalau pergi sana memang nak shopping... elok bawa duit banyak... memang rambang mata lah...

Lepas tukar duit, aku terus ambil komuter di Sg. Buloh menuju ke KL Sentral... kawan aku bersama kawannya Nazri akan tunggu di sana... kami  naik bas je ke LCCT... senang kan. So hari tu perjalanan kami lancar. Sebelum berlepas, sempat lagi buah hati aku nie pesan beli roti... nanti kat sana takut susah nak dapatkan makanan yang halal... sekurang-kurangnya ada jugak benda untuk dialas perut. Rupanya member aku yang sorang nie... siap bawa maggi lah... tak khabor dah kat aku.

Flight kami pukul 6 lebih... penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit je... jauh lagi pergi Labuan... ingat Labuan... tapi tak boleh sebut selalu... ada orang akan merajuk... dah merajuk susah pulak tu nak dipujuk...

Sampai di sana dah malam... so perkara pertama kami cari hotel yang murah-murah je... berdekatan dengan pasar (Market) Cho Ben Thanh... dapat lah hotel nie... semalaman lebih kurang USD23... kami menginap di hotel yang sama selama 3 hari... hotelnya cukup selesa siap free wifi... Hotel Hong Thien Loc 2... lepas je check in... kami mandi dan bersiap-siap untuk keluar makan dan berjalan di sekitar Market... tak sangka boleh terjumpa pulak kawan sama maktab... (Pak Din) bersama isterinya. Sebenarnya, kat pasar tu ramai orang Malaysia...


0 ulasan: