Friday, January 18, 2013

AKTIVITI MERENTAS DESA SKSB

Semalam 18 Januari 2013... sekolah den telah mengadakan aktiviti merentas desa... kata je merentas desa... tapi Kampung Melayu nie dah tak macam desa... kesibukan jalannya tak usah nak ceta... rumah kawan aku tak sampai 1 km dari sekolah pun... ambil masa 30 minit nak sampai ke sekolah. Kesesakkan jalan raya nie, susah dah nak dielakkan... kereta bukan semakin berkurang... tapi semakin bertambah setiap tahun.


Tahniah kepada semua guru kerana aktiviti tahunan nie berjalan dengan lancar... kepada gengs senamrobik tahniah... mantap. "Zan mu memang hebat lah... cikgu serba boleh... bagi apa pun jalan... tahniah." 

Tahun nie aku dapat part tak mencabar..."Apis, hang bagi kerja senang kat akak"  hakim penamat je... releks sungguh keja aku... tapi ok jugak kan... bagi peluang merasai bahagian yang lain pulak. Selalu bahagian nie untuk ibu mengandung je.. nak kata aku mengandung tak jugak...


Meriah... dengan baju berwarna-warni. Aku tak bersenam pun... kurang sihat semalam. Sayang aku kat sekolah nie... sebab aku seronok bekerja di sini... kawan-kawan memang semua ok... walaupun terpaksa kuar dari rumah pukul 6.00 pagi pun sanggup tu... 

Bagi aku keseronokkan bekerja tu perkara yang penting... baru lah bersemangat nak datang sekolah... kalau pening kepala pun sanggup datang. 

0 ulasan: