Thursday, May 16, 2013

PERCUTIAN KE KUCHING PART 2

Mendung Berarak
Dewan Undangan Negeri
Seberang 
Pemandang di Muara Sungai
Hari Ketiga:
Pepagi lagi kami keluar untuk bersarapan... lepas tu kami bercadang untuk ke Pasar Satok... pasar nie dah di pindahkan ke tempat baru... member aku tak dapat nak temankan... sebab banyak urusan yang perlu di selesaikan... nak kemas rumah, basuh kain baju, packing baju untuk anak yang akan di tinggalkan seminggu.. packing baju dia yang kena menghadiri kursus di KL selama seminggu. So apa boleh buat... tuntutan kerja.

Tapi member aku nie janji nak bagi arahan... dalam hati boleh sampai ke nie... sempoi je kawan aku nie bagi arahan pakai sms ... dari tempat aku menginap di Samarahan ke Pasar Satok... terbaik lah arahannya.... memang kami tak sesat pun...

"Ko  ikut jln smlm, sampai tokong cina belok kanan. Jumpa trafik light semua terus je. Kalau boleh kekalkan line kiri seba line kanan utk ke kanan. Terus dan terus. Jumpa petronas yang pertama sebelah kiri... hati2 kena ikut  curve ke kanan sebab ada jalan yang ke kiri. Bila ikut curve ke kanan tadi , jumpa 1 fly over, naik dan  masih teruskan perjalanan walaupun jumpa banyak trafic light. Sentiasa duk di kiri jalan. SELEPAS, ingat... selepas balai polis besar sebelah kanan, rapat kiri dan susur kiri. Terus je bila jumpa trafik light. Jumpa fly over naik atas. Rapat kiri, bagi signal kiri. masuk simpang kiri. Pastu rapat kanan terus belok kanan pada trafik light pertama... KUBAH RIA di sebelah kanan. Apa2 tel je."

Panjang tak arahannya... tapi akhirnya jumpa... dah sampai kami call...
" La dah sampai Kubah Ria nie... nak buat apa???" sambil gelak... arahan seterusnya...
"Lupa lah pulak... parking kereta... dah tu apa lagi turun lah... shopping" ( member aku nie pun boleh tahan jugak lawaknya)

Ikan Masin Asli.... UNIMAS
Aku beli sikit ikan masin... mana tahu teringin... masa ge Miri baru nie aku beli gak... tapi semua aku pos ke kampung.

Lepas tu kami ke Waterfront... member nak beli cenderahati untuk kekawan... layan je... masa panjang lagi.

Tempat Parking di Kuching Central
Cuci mata di Kuching Centra... sebelum ke airport... tempat nie tak jauh pun dari airport.

Kami tiba di LCCT  lebih kurang pukul 1.30 pagi... aku dengan Kak Gee pe ambil kereta di tempat parking... kami parking punya lah jauh... maklum lah nak parking murah... sehari RM16... biasalah orang ramah... tambah lagi dah penat... sempat aku pinjam motor jaga... hantar Kak Gee pe ambil kereta.... aku bagi lah dia duit minum sikit... janji tak payah nak jalan jauh. 

AKu takut jugak... pepagi buta nak jalan kaki kat tepi pokok sawit tu... sat lagi ada pulak orang tarik... tapi kalau aku sorang... aku parking kat tempat mahal je untuk penerbangan dalam masa 24 jam... sebab tak sampai seratus... selalu kalau aku sorang... aku tak akan ambil penerbangan sampai lewat... paling lewat pun, sampai petang... keselamatan penting.

Keselamatan menjadi keutamaan.

3 ulasan:

wakgelas said...

wehhh X sangka sungguh erk., wak pon baru balik dari kuching tu 11hb jugakk.,ahhKKs..sibbaik X jumpe kaan.., kanns

wakgelas said...

wak salam ziarah yee..,eHHee

eeeda said...

He he he... kalau jumpa selisih bahu pun tak kenal.... terima kasih sudi singgah sejenak di damak.