Thursday, May 16, 2013

PERCUTIAN KE KUCHING

Pada 10 - 12 Mei 2013, aku berkesempatan bercuti ke Bandaraya Kuching. Percutian kali ini melibatkan jumlah yang agak ramai iaitu 10 orang... 3 orang kanak-kanak dan 7 orang dewasa. Harga tiket RM92 seorang... sangat murah untuk penerbangan pergi dan balik.

Penginapan, kami menyewa di Pak Long Homestay semalam RM150 dan kereta sewa Unser sehari RM180. Terima kasih kepada En. Azman atas layanan yang diberi.


Pengangkutan  = RM 360 + RM10 (lebih masa)

Minyak = RM60
Penginapan = RM300
Makan = RM170 (untuk sekali je... beli ikan, udang segar... masak... yang lain makan sendiri)

Seorang lebih kurang RM200 termasuk tiket... tu kira pukul rata je.

Hari Pertama:
Penerbangan kami lewat petang... so sampai di Kuching sudah agak lewat... di sana pukul 6  tu dah hampir gelap... kebetulan hari tu hujan... setibanya di Lapangan Terbang, kawan aku (Kapten Zila) bersama anaknya dah sedia menunggu di pintu ketibaan... seronoknya dapat jumpa kawan lama... rasanya last jumpa dia tahun lepas. Lepas tu aku terus dapatkan kereta sewa yang sudah sedia menunggu di airport. 

Destinasi pertama tentunya terus ke tempat penginapan. Lepas tu cari tempat makan. Tiada aktiviti untuk malam tu... hanya bersantai di tempat menginap je.

Shopping Tikar Kulit Kayu
Hari kedua:
Kami bergerak ke Pasar Serikin... pukul 6.30 pagi kami keluar untuk bersarapan pagi... aku difahamkan, jika lewat takut panas untuk berjalan... kawan aku sudi menjadi pemandu pelancong untuk kami... jarak perjalanan agak jauh  lebih kurang sejam lebih... di sana aku jadi pemandu untuk depa... sebab kereta manual... member aku nie tahu drive kereta auto je. Pukul 9.30 pagi kami tiba di tempat yang dituju.

Kawan aku sibuk shopping tikar kulit kayu... memang dari awal lagi dia dah maklumkan nak beli tikar berkenaan... ramai orang membeli tikar kulit kayu pada hari tu... rupanya dah nak dekat perayaan Hari Gawai. Masing-masing beli 2-3 bidang. Kawan aku, Kak Az beli 2 bidang... bukan berat pun, dalam 5-6kg je sebidang. Kami meluangkan masa lebih kurang 2 jam... itu pun dah tak larat nak pusing habis... panas... 

Aku cadangkan pada hampa datang awal... seronok sikit berjalan.

Aku beli jugak barang kat Pasar Serikin... aku beli sudip kayu untuk mak aku... minggu lepas aku balik kampung... ayah aku sibuk buat baji cangkul... mak aku nie, sibuk dok cakap kayu tu molek buat sudip kayu... aku teringat, kat mak aku yang dok teringin sudip kayu... aku tahu dia memang akan guna... paling tidak pun time nak buat ketupat... aku beli 3 beradik.. paling panjang, sederhana dan yang pendek... harganya RM75 aku mintak kurang RM5 pun tak bagi.. last sekali dia bagi kurang RM1. Lepas lah beli air mineral tu. Sudip tu diperbuat daripada kayu berlian... sempat lagi aku melawak dengan pak cik tu...

"Pak Cik, saya beli untuk mak saya... orang tua suka beli barang yang dia memang guna... lagi satu beli sudip nie tahan lama... saya dah meninggal pun, sudip nie masih boleh guna..." gelak Pak Cik tu...

Seni Kraftangan
Taman Rekreasi Gua Angin
Dalam perjalanan pulang kami singgah di Taman Rekreasi Gua Angin... tapi sayang, ditutup untuk pengunjung kerana sedang dalam penambahbaikan. Selalu je tak ada rezeki... lain kali kena datang lagi nie... nak masuk dalam guna dikenakan bayaran RM5.

Etok Besar
Ketam Nipah
Dalam perjalanan pulang ke rumah sempat lagi kami singgah di gerai tepi jalan... seikat tu baru RM15... boleh sangat kan... udang baru sekilo RM14... tu untungnya menginap di Homestay boleh masak... kalau di hotel tak dapet dah... kami siap beli beras untuk masak nasi. 

Petang, lepas makan kami keluar ke Bandar Kuching... lepak di Waterfront ambil angin petang sambil mencuci mata di kedai-kedai cenderamata berdekatan... lepas tu kami ke seberang makan mee kolok... sambil  shopping kek lapis Sarawak di kedai Mira... kebetulan kawan kat sekolah kirim... mengidam nak makan kek Sarawak...

Sebenarnya aku ralat jugak lah... hari Isnin tu, aku jumpa kawan aku yang kira kek lapis... tapi aku tak sempat nak bawa lagi kek tu... ya lah sampai pukul 3 pagi.. tidur kejap, turus pe kerja... aku ingat esok baru nak bagi kat dia... petang tu dia pergi buat pemeriksaan rutin orang mengandung... doktor mengesahkan anak yang dikandung 8 bulan meninggal dalam perut... 

Tak ada rezeki... Allah lebih sayangkan dia.

0 ulasan: