Monday, June 3, 2013

BELI HILUX UNTUK KERJA

Hilux untuk kerja
Perancangan kita orang tak tahu... orang hanya tahu bercakap berdasarkan apa yang mereka fikir dan apa yang mereka nampak. Kadang kala penat... bila fikirkan orang. Tapi perlu kah kita fikir tentang cakap-cakap orang. Jika kita ingin berjaya, kita perlu tahu membezakan antara kritikan membina dan juga kritikan berbau dengki / cemburu. Aku pernah menulis dalam entry yang lepas KEKASIH HATI BARU dan HILUX VS VIVA.

Tu lah rupanya Hilux yang dibeli pertengahan bulan April ari tu. Niatnya, beli untuk kerja. Walaupun masih baru, tapi dah meredah banyak kebun pekebun kecil di kawasan kampung aku. Hilux nie digunakan untuk menghantar baja pekebun. Kalau kita tengok gambar kat atas tu, di dalam hilux penuh dengan baja yang akan dihantar ke kebun pekebun kecil.

Diharap syarikat kami dapat membantu pekebun kecil mendapatkan bekalan baja untuk tanaman mereka. Pada asalnya kami beli baja dalam kuantiti yang banyak untuk kegunaan sendiri kerana tempat yang membekalkan baja berkenaan jauh di Kuantan. Jadi, jika dibeli dalam kuantiti yang sedikit, pembeli terpaksa menanggung kos penghantaran... sudah pasti harga baja juga akan meningkat. 

Dalam masa yang sama, tidak sangka ada permintaan daripada pekebun kecil. Jadi kami berusaha menubuhkan syarikat agar dapat menjadi wakil pengedar kepada syarikat pembekal baja berkenaan. Seterusnya melayakkan kami mendapat harga borong. Ini membolehkan kami bekalkan kepada pekebun dengan harga yang berpatutan.

Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Kami menghantar baja terus ke kebun pekebun.


Klik pada logo untuk ke blog Syarikat Golden Rengat Enterprise.

0 ulasan: