Saturday, June 15, 2013

TANAM SAYUR RUMAH TAMAN

Aktiviti masa lapang dan di hujung minggu aku... balik je sekolah... tengok tanaman dulu, petang kan... layan tanaman lagi... seronok.... sekejap je dah mula menjalar. Setiap hari ada je perubahannya. Kacang bendi sampai tak habis nak makan... hari-hari boleh kutip. 

Cuma tu lah... sehari je tak siram, pokok dah mula layu... kawasan belakang ok lagi... sebab sebelah petang cepat redup. Tapi kalau tempat parking kereta memang sampai pukul 6.30 p.m pun masih panas lagi. Pokok memang cepat kering. Sehari lebih je tak siram.... memang selamat tinggal lah pokok tu.

Tanam sebab minat... macam cili aku tanam... padahal tak makan pedas... masak pun kat rumah jarang-jarang je... tak sempat. Tak sempat nak guna sendiri... boleh sedekah kan kepada kekawan. Tak rugi pun.

Menjadi jugak pokok sayur nie...aku gunakan baja tahi ayam... aku beli baja tahi ayam sekampit 40kg yang telah diproses RM45. Siapa yang berminat boleh dapatkan disekitar nursery bunga di Kampung Melayu Sungai Buloh.

Petola dah mula menjalar di atas para.....
Para daripada tali rafia....
Kawasan menjalar yang terhad...
Pokok bendi dah mula berbuah....
Pokok cili padi... dah mula keluar bunga....
Pokok sayur nie baru sebulan setengah.... aku tanam lepas mengundi ari tu....

0 ulasan: