Friday, August 2, 2013

PENYERAHAN KERJA RUMAH

Penyampaian hadiah kecemerlangan dan duit raya...
Penyerahan modul sepanjang cuti...
Hari nie merupakan hari terakhir... terdapat dua program yang telah dirancang khas... program pertama melibatkan murid tahun 6 yang dikenali sebagai Majlis Pengiktifan Kecemerlangan... Mdm Lim Siew Bian berbesar hati untuk memberi duit raya kepada murid yang mendapat 5A, 4A dan 3A sebanyak RM5 seorang, manakala murid yang lulus sekurang-kurangnya 5C mendapat RM2... 

Wah... my boss pun memberi bonus raya yang melibatkan budget bernilai???? sumbangan ikhlas...  semua murid sangat gembira... program yang julung kalinya diadakan sepanjang aku berada di sekolah ini.

Selepas itu, guru besar juga menyerahkan kepada murid set modul yang melibatkan 4 subjek kerja sepanjang cuti... (formal lagi... serah kerja rumah)... terima kasih Mdm... modul ini bukan untuk membebankan murid... tetapi sebagai bahan yang boleh digunakan sepanjang 2 minggu bercuti untuk mengulangkaji... 

Guru-guru mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa agar dapat memantau anak-anak agar membuat kerja yang dibekal... apalah gunanya kerja bertimbun tetapi tidak berusaha untuk menyiapkan...

Kepada anak didik aku... selamat bercuti dan jangan lupa pelajaran... gunakan masa terluang untuk menyiapkan kerja yang dibekalkan. Guru hanya mampu membantu... selebihnya murid perlu usaha.

2 ulasan:

nohas said...

Nampaknya budak2 takleh beraya sakan..

Selamat Hari Raya dan selamat bercuti..

eeeda said...

Tahun 6 je tak beraya... sebab lepas raya hanya ada 3 minggu je... dah terus exam...

Selamat Hari Raya dan bercuti juga buat saudari nohas...