Tuesday, January 21, 2014

ANAK BENIH KELAPA SAWIT

Hari Jumaat yang lepas, Negeri Selangor cuti sempena Perayaan Taipusam... so aku ambil kesempatan pada hari berkenaan melawat tapak semaian di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak (PPPTR) Sungai Tekam. Kali nie, aku memang bercadang nak cari sendiri anak benih kelapa sawit. Aku tak nak beli melalui orang tengah... bukan apa takut terkena anak benih yang tidak berkualiti. 

Nasib baik lah tempat nie tak jauh pun dari tempat aku... so tak adalah mahal sangat kos pengangkutannya nanti. Bila kita pergi sendiri... tanya sendiri, baru kita tahu. Tapak semaian memang luas, tapi banyak anak benih berkenaan telah ditempah. So untuk projek akan datang, kena datang tempah terlebih dahulu... cukup umur anak benih 10 bulan baru boleh ambil.

Alhamdulillah rezeki aku... nasib baik ada anak benih untuk aku... mungkin sebab aku nak beli sikit je... dalam 300 pokok. Harga sepokok di tapak semaian RM11. Manakala kos pengangkutan RM1.30 sepokok... so harga anak benih sampai ke tapak projek RM12.30. Itu harga tak pakai orang tengah... kalau pakai orang tengah mahu boleh cecah RM15 sampai kebun. Ada jugak aku tanya anak benih yang dijual di kampung aku... anak umur 6 bulan pun dah harga RM12. 

Biasalah, bila kita start tolak tapak projek... pasti akan datang broker anak benih... nak jual anak benih tepi jalan... harga RM12... pada aku, ko silap orang lah... bukan semua orang ko boleh tipu... mentang-mentang lah aku nie baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian, tambahan pulak perempuan... tapi bukan semudah tu ko nak tipu aku... yang kelakarnya... tadi nak jual anak tepi jalan kat aku... bila aku cakap dah oder anak research... boleh dia nak tumpang 80 pokok untuk dia... nampak tak... perangai orang... nak jual yang tak elok kat orang... tapi untuk dia tanam sendiri, nak tanam yang elok... orang macam nie bukan boleh layan... dia tunggu masa je nak cekik kita...

Aku memang ada pelan B... kalau tak ada ready stok di Sg. Tekam... aku nak ambil di Bangi... tapak semaian milik NAFAS. Ada pegawai di NAFAS yang aku kenal dan selalu berurusan tu. So, bab anak benih nie... tak jadi masalah sangat.

Pemilihan anak benih yang berkualiti penting untuk hasil akan datang. Jangan beli anak sebarangan. Bila kita dah terjebak dalam bidang nie... semua benda kita kena ambil tahu... jangan serah kepada orang bulat-bulat... alamaknya kena tipu bulat-bulat lah jugak.

Anak benih berusia 10 bulan.

Anak benih yang berkualiti

Tapak semaian.

Kepada mereka yang berminat sila layari ke blog: http://golden-rengat.blogspot.com/

7 ulasan:

Cikgu Musi said...

tahniah kak...lepas ni bolehlah saya nuntut ilmu kalau terjebak gak ke bidang ni...

eeeda said...

Terima kasih... dah terjebak lah nie... boleh bantu setakat yang akak tahu... klu murid seronoknya time mereka berjaya... kebun seronoknya time membesar dan kuar hasil.

Unknown said...

Mnx no. Fon

eeeda said...

012-3605037 En. Mael atau pun ke blognya.
http://golden-rengat.blogspot.com/

Unknown said...

apa nama benih tue yea..

Unknown said...

Salam.. tumpang iklan
Saya ada menyediakan perkhidmatan sewa bulldozer sesuai untuk kerja buka ladang baru/tanam semula..berminat boleh hubungi 019-9518845

Unknown said...

boleh pergi walk in je ke kat pusat penyelidikan tun razak tu untk beli anak benih?