Monday, January 13, 2014

BERKEBUN PERLUKAN MINAT

Apa pun kerja yang kita lakukan perlu ada minat. Minat amat membantu agar kerja yang dilakukan akan berterusan dan konsisten. Walaupun kerja kebun penat, terpaksa berhujan peluh... berada di bawah sinaran matahari... semua tu tidak menjadi masalah.

Aku sendiri boleh melalui semua nie kerana minat... Panas matahari di kebun yang pokoknya masih kecil nie lain... sehinggakan terpaksa aku membeli produk L'OREAL UV perfect untuk melindungi sinaran matahari di muka. Kalau tak pakai UV perfect mahu berbelang muka.

Tangan tak usah cerita lah... memang kasar. Walaupun dah pakai sarung tangan. Aku beli berjenis-jenis sarung tangan. Sarung tangan menebasnya lain... sarung tangan susun pelepah sawitnya lain... yang nie mesti ada besi... kalau yang biasa memang tembus.


Kerja di hujung minggu dan waktu cuti.

Cikgu Anis, kawan lama di maktab.
Cikgu Anis, kawan lama sama belajar di maktab. Dia pun dulu askar wataniah sama dengan aku. Rupanya, dia pun minat jugak berkebun. Getah kalau dah besar nie... dah senang nak jaga... jaga racun dan baja je... di awal penanaman je, banyak musuh. Terutamanya babi dan monyet. Getah nie manja sikit, berbanding kelapa sawit. Kena penjagaan yang rapi.

Aku baru sahaja bersihkan kawasan seluas 2 ekar untuk tanaman getah. Masih tercari-cari lagi benih getah yang sesuai untuk ditanam. Keluasan 2 ekar tu, boleh tanam lebih kurang 400 batang. Harga pasaran anak pokok getah sekarang lebih kurang RM5. 

Upah bersihkan kawasan mengunakan jentolak sehari RM900. Kawasan seluas 2 ekar mengambil masa lebih kurang 2 hari. Caj roda RM300.
Anak benih = RM 2000
Jentolak = RM 2100
Lain-lain perbelanjaan seperti gali lubang, baja lubang dan sebagainya. Jumlah perbelanjaan mungkin mencecah RM5k untuk keluasan 2 ekar.

Berminat untuk mendapatkan bekalan baja???
http://golden-rengat.blogspot.com/

0 ulasan: