Monday, December 15, 2008

PENGORBANAN SEORANG KAWAN

Sejak di bangku sekolah lagi aku suka berkawan. Bagi aku berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Berkawan nie tak terbatas sesama jenis, malah kita tidak dilarang berkawan berlainan jenis. Selagi kita tahu menjaga batas pergaulannya. Pada pandangan masyarakat timur yang penuh adab sopan santun tetap tidak manis sekiranya keluar berdua-duaan. Untuk mengelakkan pandangan sedemikian kita perlulah pandai mencari ruang yang sesuai supaya dapat keluar dalam kumpulan. Ini sebenarnya lebih menyeronokan.

Nie pandangan kawan aku. “ bagi aku kita tak perlu ada ramai kawan, kalau ianya hanya menyusahkan kita. Biar sedikit tetapi boleh mengembirakan kita dan berkualiti daripada ramai…tapi tak boleh pakai.”

Nie pandangan salah seorang lagi kawan aku. “ pada pandangan aku…jika kita ingin menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan-kawan, kita perlu bersedia untuk berkorban. Berkorban dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan buah fikiran. Kita perlu bersedia meluangkan masa untuk bersama kawan2. Kawan2 juga akan mencuri masa kita untuk berbual melalui telefon, sms atau pun untuk berjumpa dengan kita. Dari segi tenaga, kita perlu bersedia memberikan pertolongan kepada kawan2 yang memerlukan pertolongan. Ada kalanya kita akan menggunakan wang ringgit untuk belanja kawan makan, membelikan hadiah hari2 istemewa, membayar bil telefon untuk bertanya khabar, kos untuk berjumpa kawan2 dan sebagainya. Terpaksa memerah otak mencari jalan sekiranya kawan2 memerlukan pandangan atau tunjuk ajar dalam sesuatu perkara.”

Mampu ke kita?….sanggup ke kita….? berkorban 4 perkara berkenaan. Tepuk dada tanyalah diri sendiri di mana tahap kemampuan kita.

Pada pandangan aku, semua perkara yang kita lakukan dalam dunia ini memerlukan pengorbanan. Bezanya adalah, sama ada pergorbanan itu mampu kita lakukan ataupun tak mampu untuk kita laksanakan. Apa yang aku rasakan hari ini, pengorbanan yang dilakukan secara ikhlas… kita akan merasai keseronokkannya dan akan mengulangi perbuatan berkenaan. Walaupun terpaksa mengeluarkan duit, masa dan tenaga untuk seorang kawan. Tetapi pengorbanan secara terpaksa, bukan saja kita tidak senang untuk melakukan… malah rasa lebih tertekan.

Bab kata Farah Fauzana, warna2 kehidupan ini terlalu indah. Berwarna-warni mengikut orang yang mencorakkannya. Tetapi warna yang indah itu kita hanya merancangnya…kita jangan lupa bahawa ada Yang Maha Esa menentukan sama ada warna itu kekal atau pun pudar di pertengahan perjalanan. Belajarlah menerima ketentuan Ilahi…belajar menerima hakikat impian yang dibina tak seindah reality kehidupan. Warna2 kehidupan 2008 akan meninggalkan kita hanya beberapa hari lagi.

“Belajarlah menerima hakikat bahawa sesuatu yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata, bukan bersifat kekal abadi”
“Biarlah Abby je yang akan kekal jadi Abby abadi”
”Jangan sesekali menyalahkan takdir, tapi belajar terima hakikat dengan redha”

2 comments:

  1. eeeda...'jangan menyalahkan takdir.....' ya ampun kaler font biru tu...sungguh menyakitkan mata untuk di baca wei...ko nie...berpada-pada la memadankan warna. Nasihat dr seorang kawan.

    ReplyDelete
  2. bukan menyalahkan takdir.. tapi belajar menerima takdir dengan berlapang dada.

    ReplyDelete