Dalam menghadapi persaingan sengit dunia pekerjaan dan lambakan siswazah menganggur saban tahun, segala kemungkinan yang tidak pernah terfikir semasa belajar boleh menjadi arah tujuan yang mendorong kepada kehidupan lebih baik. Tidak kurang juga, ada segelintir pelajar sudah menanam azam untuk menceburkan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan apabila menamatkan pengajian di universiti.
Pengalaman yang dilalui oleh bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Pengurusan Kualiti Makanan, Siti Noraini Md. Isa, wajar dijadikan contoh kepada bakal graduan universiti.
Beliau yang tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda pada 2003 tidak menoleh ke belakang apabila mengambil keputusan membabitkan diri dalam dunia perniagaan.
“Minat dalam bisnes tidak datang pada peringkat awal. Saya juga seperti pelajar-pelajar lain yang mengimpikan kerjaya sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Arah dan matlamat hidup saya berubah selepas hasil kajian saya mengenai penghasilan Nata De Pine berasaskan nanas memenangi tempat ketiga dalam pertandingan produk inovatif antara universiti.
“Pada masa itu, pertandingan tersebut diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2004,” cerita usahawan muda berusia 31 tahun ini.
Pengiktirafan
Lebih membanggakan, hasil kajian produk tersebut turut memenangi pingat emas di Pameran Teknik Baru Inovasi dan Produk Antarabangsa kali ke-33 di Geneva. Dengan kejayaan berganda yang diperolehnya, Siti Noraini membuat keputusan untuk tidak mensia-siakan pengiktirafan yang diterimanya. Selepas tamat pengajian, beliau mengambil keputusan membuka kilang memproses Nata De Coco dengan menggunakan kelapa kerana ia lebih murah dan mudah didapati.
Sebagai permulaan, beliau mendapat pinjaman modal sebanyak RM50,000 daripada Bank Pertanian Malaysia di bawah Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah (SUTKS) untuk membeli peralatan dan mesin memproses. Selain itu, ia juga digunakan untuk membuka kilang GMS Food Industry yang terletak di Plot No.15 & 16, Jalan IKS N/2, Taman IKS Nyalas, Pondok Batang, Jasin, Melaka. (Talian 013- 6130081, faks: 06-5228450)
Malah pembabitannya dalam bidang keusahawanan juga adalah hasil dorongan suami tercinta, Noor Azlan Sibut, 33, yang mempunyai pengalaman lima tahun dalam pembuatan dan pemasaran Nata De Coco.
“Dengan pengetahuan yang saya miliki di universiti dan kajian saintifik yang dilakukan serta pengalaman suami sendiri, maka tercetuslah idea untuk membuka kilang perusahaan pengeluaran makanan tersebut. Gabungan kedua-dua kepakaran inilah yang menjadi resipi kejayaan kami selama ini,” ujar Siti Noraini.
Memikul tanggungjawab sebagai seorang usahawan bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan. Bidang perniagaan dan keusahawanan adalah sektor yang berisiko tinggi andai tidak bijak menguruskannya dengan baik. Bagaimanapun, bagi Siti Noraini, apabila beliau menetapkan matlamatnya, apa jua cabaran harus dihadapi dengan tabah. Apabila bercakap tentang risiko, kita tidak boleh lari daripadanya. Bagi saya semua itu adalah dugaan dari Allah s.w.t. Untuk berjaya tidak ada jalan yang singkat. Semakin banyak ujian, semakin bernilai sebuah kejayaan,” katanya optimis.
Beliau menyifatkan terdapat beberapa masalah yang mengongkong siswazah untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Antaranya ialah takut berhadapan dengan risiko, tiada kepakaran dalam bidang pemasaran dan takut menghadapi persaingan.
Selain itu, mereka juga kurang pendedahan dan pengetahuan dalam menguruskan perniagaan termasuklah pengurusan akaun dan strategi pemasaran.
Memandangkan saban tahun semakin ramai graduan yang menamatkan pengajian dari universiti dalam pelbagai bidang dan masalah pengangguran siswazah yang masih belum surut, Siti Noraini berpendapat, keputusan membabitkan diri dalam perniagaan sebagai langkah terbaik yang boleh mengurangkan kadar pengangguran.
“Saya akui, wujudnya masalah-masalah yang menghalang mereka terutamanya dari segi modal dan pandangan masyarakat yang sedikit sebanyak membantutkan usaha siswazah untuk membuka bisnes sendiri.
Jika diteliti dengan baik, siswazah mampu memiliki perniagaannya sendiri secara tidak langsung berupaya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada para penganggur,” katanya.
Beliau turut menasihati siswazah yang bakal bergelar usahawan agar tidak mudah mengalah dan putus asa. Tegasnya, kejayaan tidak akan dicapai tanpa tidak diuji dengan kegagalan.

No comments:
Post a Comment