Sunday, May 24, 2009

TIBA MASANYA

Rekod Pengajaran & Pembelajaran

Kalau menoreh getah, tak ada pisau toreh alamaknya termenung je lah kat kebun getah. Kalau cikgu tak ada lesson note masuk kelas alamaknya sembang je lah ari tu... Cikgu lama tak ada lesson note, tak kisah kan... sebab dah tahu nak ajar apa kan... tapi kalau cikgu baru tu... heran jugak kan tak ada lesson note. Cikgu baru ke!! cikgu lama ke!! semua orang kena ada lesson note dan setiap kali masuk kena bawa bersama. Bawa tu mestilah yang dah bertulis... jangan ajar dulu baru tulis...

Tiba masanya kita kena tulis, tiba masanya kita kena hantar untuk disemak, tiba masanya buku tu akan digunakan untuk buat penilaian prestasi..

Nie lah bilik tempat aku lepak. Bilik nie dah berwajah baru... kerusi tu ehsan daripada pss. Terima kasih su... nasib baik k.ana pandai repair kerusi tu... so aku dah tak heran balik petang pun... agak mengantuk aku tido kejap... bangun boleh sambung kerja balik. Orang kata rehat seketika boleh membuatkan seseorang tu lebih bertenaga... Aku takut bukan tido kejap.....takut tertido terus je...Tapi aku dah pesan kat kawan aku...kalau dah lewat petang keta aku ada lagi kat sekolah tu... tolong jenguk kat bengkel... takut aku tertido sedar2 dah pagi esok...

Pernah masa duduk di siber didik... aku tertido.. sedar2 dunia dah gelap gelita... rupanya dah malam.

Tiba masanya kita kena rehat... kita bukan robot yang boleh bekerja tanpa berhenti setiap masa. Komputer yang canggih pun sampai masanya perlu ditutup, takut nanti heng. Semua maklumat hilang. Kalau manusia hilang maklumat lagi susah. Takut nanti kena hantar kat........

Lagi seminggu dah nak cuti sekolah.... wah seronoknya, siapa yang seronok nie... cikgu ke murid yang seronok??? Murid lah seronok. Cikgu... kena tanda kertas peperiksaan pertengahan tahun... naik cuti dah kena hantar markah... Guru dan murid tahun 6 ...sah2 le ada bermcm-mcm program peningkatan.

Selama seminggu peperiksaan pertengahan tahun bermula 25/5 hingga 29/5. Hari pertama dah tentulah Kertas bahasa melayu, semua dah siap diklip dan dibungkus...dan diletakkan di atas rak dalam bilik kebal... esok tinggal nak agihkan kepada murid-murid.

Setelah 5 bulan aku memegang KP... kalau dalam politik 5 tahun tu dikira sepenggal... kena buat pilihan raya baru. Aku terpaksa melepaskan jawatan tu oleh beberapa sebab dan atas nasihat jemaah nazir. Aku rela melepaskan jawatan tu kerana aku tahu ada orang yang lebih layak daripada aku bagi jawatan tu...lepas nie aku dah kurang sikit menanda kertas bahasa melayu... aku akan ajar 1 kelas je bm dan yang lain matematik.... mungkin satu lagi moral kot nak cukupkan waktu... tak kisah lah, nasib baik kat oum pun aku ambil moral... mungkin dah boleh mula dipraktikan di sekolah... apa yang aku belajar di kelas..

Bila tiba masanya kita kena buat, kita kena susun, kita kena klip, kita kena tanda itu lah keja guru.

2 comments:

  1. kerja 2 yg tak berkesudahan...kan? bila sekolah buka, kitaran bermula lagi....dan lagi! dan lagi!

    ReplyDelete
  2. Begitulah kitaran org yg yg bekerja...
    selagi bergelar pekerja...
    tapi kan, manusia nie mcm2..
    yg tak bekerja nak cari kerja...
    yg ada kerja tak nak kerja...
    yg tak kerja2 pun ada jgk...

    ReplyDelete